Skip to main content

PROGRAM WARGA SUKAN

Mengenai Saluran Alternatif:USM + 1 (Full Paying Fees)

Pengambilan pelajar baharu melalui corak kemasukan USM+1 adalah saluran khas kemasukan pelajar bagi memberi peluang kepada calon yang mempunyai kelayakan akademik yang cemerlang tetapi tidak mendapat tawaran program yang diminati melalui permohonan UPU untuk melanjutkan pengajian yang menjadi pilihan.

Melalui saluran ini, 53 program pengajian dari pelbagai bidang ditawarkan kepada pemohon yang berminat mengikuti pengajian bagi kemasukan semester 1 dan 2 setiap sidang akademik.

Program yang ditawarkan melalui USM+1 ialah program yang dilaksanakan secara full fees atau yuran penuh tanpa subsidi. Pemohon perlu memahami terma dan syarat kemasukan serta caj yuran pengajian yang dikenakan sebelum mengemukakan permohonan.

Mengenai Program Warga Sukan

Pengambilan pelajar dibawah program pendidikan sepanjang hayat bertujuan untuk membuka peluang kepada individu yang ingin terus menimba ilmu bagi merealisasikan impian untuk memperolehi Sarjana Muda disamping untuk memantapkan kualiti taraf pendidikan negara dan meningkatkan tahap intelektual di kalangan masyarakat Malaysia. Pelajar yang terpilih dibawah Program Pendidikan Sepanjang Hayat akan diberikan diskaun yuran pengajian 50%.

Warga Sukan
Terbuka kepada calon lepasan STPM/Matrikulasi/Pra-U/Setaraf dan mempunyai pengalaman sebagai atlet negeri atau negara yang masih bergiat aktif sekurang-kurangnya 3 tahun.

SYARAT KEMASUKAN PROGRAM WARGA SUKAN

SYARAT AM PROGRAM
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia Kertas Julai DAN lulus mata pelajaran Sejarah.
  • Mengambil dan mendapat sekurang-kurangnya tahap 2 (Band 2) dalam Malaysia University English Test (MUET).
CALON STPM DAN SETARAF & CALON PRA UNIVERSITI

CALON STPM DAN SETARAF

Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat:
1. Sekurang-kurangnya PNGK 2.0 dan mendapat sekurang-kurangnya.
2. Gred C (NGMP 2.0) mata pelajaran Pengajian Am.
3. Gred C (NGMP 2.0 ) dalam 2 mata pelajaran lain.
4. Melepasi syarat khas program*

CALON PRA UNIVERSITI

1.PNGK 2.0 dan ke atas dalam semua mata pelajaran.
2.Mengambil dan mendapatkan sekurang-kurangnya tahap 2 (Band 2) dalam Malaysia University English Test (MUET).
3.Melepasi syarat khas program*

SYARAT KHAS PROGRAM

CALON STPM/SETARAF
▸ Mempunyai pengalaman sebagai atlet negeri atau negara yang masih aktif sekurang-kurangnya 3 tahun DAN lulus temuduga SERTA diperakukan oleh Pusat Pengajian

CALON PRA UNIVERSITI
▸ Mempunyai pengalaman sebagai atlet negeri atau negara yang masih aktif sekurang-kurangnya 3 tahun DAN lulus temuduga SERTA diperakukan oleh Pusat Pengajian

PROGRAM PENGAJIAN WARGA SUKAN

BIDANG PENGAJIAN
▸ Sastera
▸ Komunikasi
▸ Sains Kemasyarakatan
▸ Seni Muzik (Seni Persembahan dan Pedagogi)
▸ Sains Gunaan (Biologi Gunaan)
▸ Sains Gunaan (Kimia Analisis)
▸ Sains Gunaan (Kimia Industri)
▸ Perancangan Bandar dan Wilayah ‣ Ukur Bangunan
▸ Ukur Bahan
▸ Pengurusan Binaan Seni Bina Dalaman
▸ Teknologi Bangunan
▸ Kejuruteraan Sumber Mineral
▸ Kejuruteraan Bahan
▸ Kejuruteraan Polimer
▸ Sains Senaman dan Sukan
▸ Pengurusan
▸ Sains (Biologi) Sains (Fizik)
▸ Sains (Kimia)

Untuk maklumat lanjut mengenai Program Warga Sukan, sila layari laman web Pohon USM.