ANUGERAH SUKAN USM
Majlis Anugerah Sukan USM adalah acara tahunan yang diadakan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) untuk mengiktiraf pencapaian cemerlang mahasiswa dalam bidang sukan. Majlis tersebut juga bertujuan untuk memberi penghormatan kepada mereka yang telah memberikan sumbangan besar dalam mengangkat nama universiti melalui bidang sukan.
JENIS ANUGERAH
1. Anugerah Ungu: Merupakan anugerah yang paling tinggi kepada atlet USM tahun akhir yang mempunyai rekod serta taraf kebolehan yang cemerlang di peringkat Universiti, Negeri , Kebangsaaan dan Antarabangsa.
2. Anugerah Warna (Separuh Warna/Penuh): Diberikan kepada ahli-ahli sukan tahun akhir yang mewakili pasukan Universiti mengikut jumlah tahun semasa pengajian mereka di Universiti.
3. Olahragawan/Olahragawati USM: Pengiktirafan yang diberikan kepada pelajar USM yang menunjukkan pencapaian cemerlang dalam bidang sukan dalam tempoh satu tahun kalendar penglibatan, tanpa mengambil kira tahun pengajian pelajar tersebut.
4. Pasukan Terbaik (Lelaki & Wanita): Dianugerahkan hanya kepada spasukan lelaki dan pasukan wanita yang mencapai kecemerlangan dalam pertandingan – pertandingan sama ada peringkat Universiti, Kebangsaa dan Antarabangsa. Terdapat 2 jenis anugerah dibawah kategori ini iaitu Kurang 6 orang atau Lebih 7 orang.

5. Anugerah Bintang Harapan Lelaki /Wanita: Diberikan kepada pelajar - pelajar tahun dua yang dinilai pencapaian bagi prestasi tahun satu.
6. Anugerah Atlet Khas (PKU): Diberikan kepada atlet-atlet istimewa yang melibatkan diri dalam bidang sukan.
7. Anugerah Program Pautan: Anugerah ini terhad kepada pelajar-pelajar yang mengikuti program pertukaran.
8. Sijil Perkhidmatan Cemerlang: Diberikan kepada pelajar-pelajar tahun akhir yang aktif dalam mengelola dan menggalakkan kegiatan-kegiatan sukan di Universiti.
PEMILIHAN PEMENANG
Para pemenang dipilih berdasarkan prestasi mereka sepanjang tahun dalam pertandingan dalaman dan luaran, serta pencapaian di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Selain pengiktirafan kepada atlet, Majlis Anugerah Sukan USM juga menyaksikan penghargaan kepada Jurulatih Pasukan Universiti serta pemimpin-pemimpin sukan yang telah memberi sokongan berterusan kepada pasukan USM.
Majlis Anugerah Sukan USM bukan sahaja merupakan platform untuk mengiktiraf pencapaian sukan, tetapi juga merupakan momen yang bersejarah dalam membina semangat kesukanan di kalangan mahasiswa. Ia meraikan semangat kecemerlangan, kerjasama, dan semangat juang yang terus berkembang dalam kalangan komuniti sukan USM.
SYARAT-SYARAT PENGANUGERAHAN
01 | SYARAT PENGANUGERAHAN MAJLIS ANUGERAH SUKAN | MUAT TURUN |
02 | SYARAT SIJIL PERKHIDMATAN CEMERLANG | MUAT TURUN |
BORANG ANUGERAH SUKAN
01 | BORANG ANUGERAH SUKAN WARNA | MUAT TURUN |
02 | BORANG ANUGERAH PROGRAM PAUTAN | MUAT TURUN |
03 | BORANG ANUGERAH SUKAN OLAHRAGAWAN/OLAHRAGAWATI | MUAT TURUN |
04 | BORANG ANUGERAH SUKAN PASUKAN TERBAIK LELAKI/WANITA | MUAT TURUN |
05 | BORANG ANUGERAH SUKAN BINTANG HARAPAN LELAKI/WANITA | MUAT TURUN |
06 | BORANG ANUGERAH KHAS PKU | MUAT TURUN |
07 | BORANG ANUGERAH SUKAN PERKHIDMATAN CEMERLANG | MUAT TURUN |
Sila hantar borang yang lengkap kepada:
Encik Syed Mohd Fairuz b. Syed Omar Nasiry
Penolong Pegawai Belia dan Sukan
TARIKH TUTUP : 22 MEI 2025