Skip to main content

TEMASYA OLAHRAGA TAHUNAN USM (TOTUSM)

SEJARAH PERMULAAN TOTUSM

Temasya Olahraga Tahunan USM (TOTUSM)

Temasya Olahraga Tahunan (TOT) Universiti Sains Malaysia ini merupakan acara tahunan yang terbesar di universiti. Temasya ini telah telah diadakan pertama kalinya pada tahun 1972 dan tahun ini merupakan sambutan yang ke-47.

Temasya ini yang pada mulanya hanya melibatkan penyertaan dari pusat-pusat pengajian, kemudian telah bertukar konsep dengan membuka penyertaan kepada semua desasiswa-desasiswa dalam USM.

Namun begitu, temasya ini juga melibatkan penyertaan orang luar menerusi acara Larian Sebatu Diraja dan acara Larian Sebatu Tuanku Raja Permaisuri. Kategori yang dipertandingkan dalam temasya ini ialah trek, acara berpasukan dan acara padang bagi kategori lelaki, wanita dan senior veteran. Edisi kali ini juga membawa kelainannya yang tersendiri dengan penyertaan 4 kontinjen staf.

OBJEKTIF TOTUSM

  • Meningkatkan kemahiran kepimpinan mahasiswa dalam pengurusan sukan dan acara.

  • Memupuk pembangunan holistik mahasiswa dengan menggalakkan penglibatan yang seimbang dalam aktiviti bukan akademik.

  • Mengeratkan ikatan antara mahasiswa dengan masyarakat luas.

  • Menggalakkan semangat kesukanan yang tulen dan memupuk persahabatan dalam kalangan peserta

  • Menyumbang kepada penggalakan dan pengamalan gaya hidup sihat selaras dengan nilai dan prinsip Universiti Sains Malaysia.

ORGANISASI MAJLIS TERTINGGI

TEMASYA OLAHRAGA TAHUNAN USM (TOTUSM)

Ke 47 (2024)

SISTEM ONLINE PENDAFTARAN ATLET DAN PEGAWAI

PENDAFTARAN ATLET TOT (WAKIL KONTIJEN)

Proses pendaftaran yang dilakukan oleh atlet untuk mewakili kontingen dalam sesuatu acara atau pertandingan sukan. Pendaftaran ini memastikan bahawa atlet memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh badan sukan berkaitan dan bersedia untuk bertanding dalam pertandingan tersebut bagi pihak negara atau wilayah mereka. Proses ini melibatkan pengumpulan maklumat peribadi dan sukan atlet, serta pengesahan penyertaan mereka dalam pertandingan yang berkenaan.

 

PENDAFTARAN PEGAWAI TOT

Pendaftaran Pegawai Temasya Olahraga Tahunan di Universiti Sains Malaysia adalah proses di mana individu yang berminat dan berkelayakan boleh mendaftar untuk menjadi pegawai dalam acara tersebut. Pegawai bertanggungjawab untuk menyelenggara dan mengawal pelaksanaan temasya olahraga tersebut. Biasanya, pendaftaran melibatkan pengisian borang, pengesahan kelayakan, dan mungkin sesi temuduga. Ini adalah peluang untuk individu yang bersemangat dalam sukan dan ingin memberikan sumbangan kepada kejayaan acara tersebut.

REKOD DAN KEPUTUSAN RASMI


  • LARIAN VETERAN 50KM

  • LARIAN VETERAN 25KM

  • LARIAN VETERAN 10KM

  • TARIK TALI

  • ACARA PADANG

  • PERSEMBAHAN PASUKAN