Skip to main content

ZON 8 JUARA TENPIN BOLING SUKJAP USM 2025 DI MEGALANES PENANG

GEORGE TOWN, 11 Julai 2025 – Zon 8 mengesahkan kejuaraan apabila tampil cemerlang dalam Kejohanan Tenpin Boling SUKJAP USM 2025 yang berlangsung penuh meriah di Megalanes Penang, Tingkat 5, 1st Avenue Mall. Dengan rekod 5395 jatuhan pin, Zon 8 membuktikan keunggulan mereka dalam saingan sengit melibatkan 10 zon bertanding.

Kemeriahan kejohanan ini bukan sahaja menyaksikan persaingan hebat di gelanggang, malah menjadi platform terbaik untuk warga USM dari pelbagai zon dan jabatan berinteraksi dalam suasana penuh semangat kesukanan.

SENARAI KEPUTUSAN TOP 10 KESELURUHAN

1️⃣ 5395 — Zon 8

2️⃣ 5101 — Zon 10

3️⃣ 4893 — Zon 4

4️⃣ 4830 — Zon 7

5️⃣ 4816 — Zon 5

6️⃣ 4695 — Zon 2

7️⃣ 4695 — Zon 6

8️⃣ 4474 — Zon 3

9️⃣ 4403 — Zon 1

🔟 4097 — Zon 9

TOP 5 KESELURUHAN

🏆 Juara: 5395 (Zon 😎

Zon 8 tampil bergaya sepanjang kejohanan dengan konsistensi yang luar biasa. Pemain mereka mempersembahkan lontaran kemas dan penuh keyakinan, membuahkan hasil apabila muncul juara keseluruhan.

🥈 Naib Juara: 5101 (Zon 10)

Turut memberikan tentangan sengit, Zon 10 mencatatkan 5101 jatuhan pin dan hanya dipisahkan kurang 300 pin daripada juara. Persembahan bertenaga mereka wajar dipuji.

🥉 Ketiga: 4893 (Zon 4)

Zon 4 mencatatkan 4893 jatuhan pin, bangkit di sesi kedua untuk merebut tempat ketiga. Mereka menunjukkan semangat juang yang tinggi walaupun permulaan agak perlahan.

🏅 Keempat: 4830 (Zon 7)

Tidak kurang hebat, Zon 7 beraksi cemerlang dengan strategi kemas, mencatat 4830 jatuhan pin dan memberi saingan rapat sepanjang kejohanan.

🎖️ Kelima: 4816 (Zon 5)

Zon 5 turut mencatatkan keputusan membanggakan dengan 4816 jatuhan pin, sekaligus menempatkan diri dalam kelompok lima terbaik kejohanan.

SEMANGAT KESUKANAN LUAR BIASA STAF USM

Menurut Penyelaras Kejohanan, Encik Nazrul Fitri Ahmad, kejohanan kali ini sangat membanggakan dari segi sambutan dan penyertaan.

"Saya amat berpuas hati melihat semangat kesukanan yang ditunjukkan semua zon. Kejohanan ini bukan sahaja mempertemukan warga USM dalam suasana santai dan sihat, malah turut menjadi medan mencungkil bakat staf USM dalam sukan boling. Insya-Allah, kita akan terus perkasakan acara seumpama ini sebagai salah satu agenda kesejahteraan staf USM," jelas beliau.

Tahniah Zon 8 dan syabas kepada semua yang bertanding!