Skip to main content

ZON 6 RANGKUL KEJUARAAN DART SUKJAP USM 2025

May be an image of 12 people

USM, PULAU PINANG, 17 Jun 2025 — Kejohanan Dart SUKJAP USM 2025 berlangsung penuh meriah dan kompetitif apabila pasukan Zon 6 berjaya menampilkan aksi terbaik untuk dinobatkan sebagai juara keseluruhan selepas menewaskan pencabar utama, Zon 7 dalam perlawanan akhir di Dewan Indah Kembara USM.

Ketepatan balingan serta ketenangan pemain Zon 6 dalam situasi getir menjadi kunci kemenangan, sekali gus membawa pulang gelaran juara edisi kali ini dengan penuh bergaya.

Ketua pasukan Zon 6, menyifatkan kejayaan ini sebagai hasil usaha bersama dan semangat juang tinggi dalam kalangan ahli pasukan.

“Kami bermain tanpa tekanan, fokus satu demi satu balingan, dan sentiasa beri sokongan moral antara satu sama lain. Inilah rahsia kejayaan Zon 6 hari ini,” katanya.

Zon 7 pula tampil sebagai naib juara setelah memberi saingan sengit di pentas akhir, manakala Zon 2 dan Zon 8 berkongsi kedudukan tempat ketiga selepas mara sehingga ke peringkat separuh akhir.

Keputusan Rasmi Kejohanan Dart SUKJAP USM 2025:

Johan: Zon 6

Naib Johan: Zon 7

Ketiga Bersama: Zon 2 & Zon 8

Penyelaras acara, En. Syed Hassan, turut berpuas hati dengan penganjuran kejohanan yang berjalan lancar serta sambutan hangat daripada warga USM.

"Kita dapat lihat semangat kesukanan yang tinggi dalam kalangan staf, dan sukan dart ini terus kekal menjadi antara acara paling dinanti-nantikan di SUKJAP setiap tahun,” katanya.

Tahniah buat Zon 6, juara baharu sukan dart SUKJAP USM 2025!

May be an image of 13 people and text that says "KELUAREI TOCO faco"