Skip to main content

ZON 6 PERTAHAN KEJUARAAN HOKI LELAKI SUKJAP USM 2025

May be an image of 7 people, people playing American football and text

USM, 9 Julai 2025 – Pasukan Hoki Lelaki Zon 6 terus membuktikan status mereka selaku kuasa berpengaruh sukan hoki di USM apabila berjaya mempertahankan kejuaraan selepas menewaskan Zon 3 dalam perlawanan akhir yang cukup mendebarkan di Stadium Hoki USM petang tadi. Kejayaan ini menyaksikan Zon 6 merangkul gelaran Juara Hoki Lelaki SUKJAP USM buat tahun kedua berturut-turut.

May be an image of 2 people, people playing American football, people playing football and text

Tempat Naib Johan menjadi milik Zon 3 yang mempamerkan aksi berdisiplin dan bertenaga sepanjang kejohanan, manakala tempat Ketiga Bersama disandang oleh Zon 4 dan Zon 5 yang turut memberikan saingan kompetitif sehingga ke wisel penamat.

May be an image of 2 people, people playing football, people playing American football and grass

Sorotan utama kejohanan pastinya tertumpu kepada Profesor Kamarul Kabilan yang dinobatkan sebagai Man of the Match, hasil persembahan dua jaringan cemerlangnya di bahagian tengah serangan, menjadi nadi penggerak utama Zon 6 sepanjang kejohanan ini.

May be an image of 3 people

Penyelaras Hoki USM, Encik Suhaimi Abu Bakar dalam ulasannya berkata:

“Saya sangat berbangga dengan prestasi semua pasukan dalam acara hoki lelaki dan wanita. Kejohanan ini bukan sahaja menjadi medan persaingan sihat, malah platform terbaik dalam mengenal pasti bakat-bakat baharu dalam kalangan staf USM.”

Beliau turut mengesyorkan keperluan agar kejohanan seumpama ini diteruskan sebagai salah satu usaha menggalakkan interaksi pelbagai lapisan staf, tanpa mengira jawatan atau unit. Menurutnya, program sebegini amat penting dalam memperkukuhkan ukhuwah dan semangat kebersamaan di tempat kerja, di samping memanfaatkan kemudahan sukan bertaraf antarabangsa seperti Stadium Hoki USM.

“Saya berharap lebih ramai staf akan tampil menyertai program-program sukan yang bakal dianjurkan selepas ini. Selain menyihatkan badan, ia juga wadah terbaik merapatkan silaturahim dan membina pasukan kerja yang lebih dinamik dan positif,” tambahnya.

Kejohanan SUKJAP sekali lagi membuktikan sukan bukan sekadar pertandingan, tetapi ruang berharga menyatukan warga USM dalam suasana ceria dan sihat.

Tahniah Zon 6! Dan syabas buat semua pasukan yang telah memberikan persembahan membanggakan sepanjang kejohanan ini.