Skip to main content

ZON 1 BADMINTON BERPASUKAN RAIH KEMENANGAN HAT-TRICK DI SUKJAP USM

USM, Pulau Pinang, 27 Mei 2025 — Pasukan Badminton Berpasukan Zon 1 terus membuktikan dominasi mereka apabila berjaya menewaskan Zon 3 dalam perlawanan akhir Sukan Antara Jabatan/Pusat Pengajian (SUKJAP) USM, sekaligus merangkul kejuaraan buat kali ketiga berturut-turut.

Perlawanan akhir yang berlangsung sengit itu menyaksikan persembahan bertenaga daripada kedua-dua pasukan. Namun, kelebihan pengalaman, keserasian gandingan pemain serta semangat juang tinggi membolehkan Zon 1 menamatkan aksi dengan kemenangan bergaya.

Kejayaan ini turut didorong oleh sokongan padu daripada pegawai-pegawai Zon 1 yang sentiasa berada di sisi pasukan sepanjang kejohanan. Kehadiran pegawai-pegawai memberi suntikan semangat kepada pemain, malah turut menjadi tulang belakang kepada perancangan dan strategi pasukan di setiap perlawanan.

Ketua pasukan Badminton Zon 1 Mustaffa Kamal Esa dalam ucapannya menzahirkan penghargaan kepada semua pemain, pegawai serta penyokong setia yang tidak pernah berhenti memberi sokongan dan dorongan sepanjang kejohanan. Beliau turut menegaskan bahawa kejayaan ini adalah hasil usaha bersama dan bukti semangat kekitaan yang utuh dalam Zon 1.

Keputusan Akhir:

Zon 1 menewaskan Zon 3 : 4-0

Keputusan penuh Badminton Berpasukan Campuran

Johan - Zon 1

Naib Johan - Zon 3

Ketiga bersama- Zon 6 dan Zon 10