Skip to main content

VARUNESH SELVARAJ RAIH PINGAT GANGSA DI VTF SERIES 2

May be an image of ‎4 people and ‎text that says "‎Butl 2 ન EMIMPIN ភ្ូ USM MALAYSI ולמע SAINS‎"‎‎

Atlet Olahraga Universiti Sains Malaysia (USM), Varunesh Selvaraj dari Pusat Pengajian Komunikasi berjaya menghadiahkan pingat gangsa buat kontinjen USM dalam acara 800 meter lelaki di Varsity Track & Field (VTF) Series 2 yang berlangsung di Stadium UniSZA, Terengganu.

Dengan persaingan sengit melibatkan pelari-pelari terbaik IPT dari seluruh negara, Varunesh membuktikan ketahanan fizikal dan mentalnya di trek, menamatkan larian di tempat ketiga dan membawa pulang pingat gangsa yang cukup berharga buat kontinjen USM.

Kejayaan ini turut menjadi penyuntik semangat kepada rakan-rakan sepasukan untuk terus berjuang dalam baki acara yang masih berlangsung di kejohanan tersebut.

May be an image of 5 people and text

🏅 Keputusan Rasmi:

🥇 MOHAMAD AMIRUL ARIF BIN MOHD AZRI (UTM) – 1:56.39s

🥈 RISHERAAM A/L PARAMESWARAN (UPM) – 1:59.44s

🥉 VARUNESH SELVARAJ (USM) – 1:59.75s

Syabas dan tahniah Varunesh!