Skip to main content

USM UNGGULI KEJOHANAN PING PONG WILAYAH PERSEKUTUAN 2025

495569011 10235522542074965 1197720839500271465 n

KUALA LUMPUR, 4 Mei – Universiti Sains Malaysia (USM) muncul juara dalam Kejohanan Pingpong Wilayah Persekutuan yang berlangsung selama tiga hari bermula 2 hingga 4 Mei di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Kejohanan yang membabitkan penyertaan 43 pasukan daripada agensi-agensi GLC dan badan berkanun itu menyaksikan saingan sengit dalam format perlawanan single/double/single.

USM membuktikan keunggulan mereka apabila berjaya menewaskan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dalam perlawanan akhir, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000. MBK pula muncul naib juara dan menerima ganjaran RM1,000.

Sementara itu, tempat ketiga bersama dimenangi oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), masing-masing menerima RM500.

Kejohanan ini bukan sahaja menjadi medan persaingan sihat antara agensi, malah turut memperkukuh semangat kesukanan dan jaringan silaturahim dalam kalangan warga GLC dan badan berkanun.

Tahniah sekali diucapkan kepada Pasukan Pingpong USM.