USM UNGGUL DALAM VARSITY TEAM CHAMPIONSHIP 2025 – Bola Jaring USM Ceriakan Kempen Hari Pertama USM
UPSI, 6 Ogos 2025 – Pasukan bola jaring Universiti Sains Malaysia (USM) telah mempamerkan prestasi luar biasa dalam Varsity Team Championship 2025 yang berlangsung di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), dengan meraih dua kemenangan berturut-turut dalam perlawanan peringkat kumpulan.

Pada perlawanan pertama yang berlangsung jam 10.00 pagi, USM turun menentang pasukan dari Multimedia University (MMU). Walaupun MMU memberikan saingan hebat, pasukan USM kekal fokus dan tenang, seterusnya berjaya menundukkan MMU dengan keputusan 15–10. Kemenangan ini memberikan semangat awal kepada para pemain untuk meneruskan rentak cemerlang.

Tidak berhenti di situ, USM kembali beraksi pada perlawanan kedua jam 4.30 petang menentang pasukan FELCRA. Kali ini, USM menunjukkan dominasi sepenuhnya apabila membelasah lawan dengan keputusan besar 31–3. Pertahanan yang mantap, hantaran tepat, serta serangan pantas menjadi kunci kejayaan mereka dalam perlawanan ini.
Dengan dua kemenangan bergaya ini, pasukan USM meletakkan diri mereka sebagai antara pencabar utama untuk merebut kejuaraan. Kejayaan ini juga membuktikan hasil latihan berterusan, strategi pasukan yang berkesan, serta semangat juang tinggi yang ditunjukkan oleh para pemain.
Tahniah dan terus maju!
Wow hebat wow wow hebat hebat!