USM TUAI EMAS DARI PANTAI! AISYAH & YI HUI WIRA USM DI MASUM 2025

UMT, Terengganu menjadi saksi detik bersejarah apabila pasangan hebat Noor Aisyah Iskandar dan Wong Yi Hui menghadiahkan pingat emas buat kontinjen Universiti Sains Malaysia (USM) dalam acara Bola Tampar Pantai Wanita di Karnival Sukan MASUM 2025.
Dengan semangat juang luar biasa, regu USM berjaya menundukkan pasukan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan keputusan meyakinkan 2-0.
Persembahan bertenaga mereka bukan sahaja mengukuhkan nama USM di persada sukan pantai, malah membuktikan bahawa kombinasi ketangkasan, strategi, dan kerjasama erat mampu menghasilkan kejayaan gemilang.
Sorakan penyokong serta laungan semangat “Hidup USM” mengiringi kemenangan ini, menambah seri buat detik emas yang penuh makna. Kejayaan ini sekali gus mengangkat martabat sukan USM di pentas MASUM dan menjadi inspirasi buat atlet lain untuk terus berjuang membawa pulang lebih banyak kejayaan.
Tahniah buat Noor Aisyah Iskandar dan Wong Yi Hui – wira pantai yang mengharumkan nama Universiti Sains Malaysia!