Skip to main content

USM TERUS BERSEMANGAT BERSAING DI MASUM 2025

UniSZA, Terengganu –Pasukan USM terus menunjukkan taring di pentas MASUM 2025 dengan dua kemenangan penting melibatkan acara Petanque (Triple Wanita) dan Bola Tampar Wanita.

Pada 18 September 2025, trio petanque wanita USM berjaya menewaskan UniMAP dalam pertarungan sengit dengan keputusan tipis 11-10. Kemenangan ini membuktikan semangat juang tinggi pasukan walaupun berdepan tekanan di saat-saat akhir.

Manakala pada 19 September 2025, skuad Bola Tampar Wanita USM tampil cemerlang dengan aksi mantap, menewaskan pasukan USIM dengan keputusan bersih 2-0. Rentak konsisten dan disiplin permainan berpasukan menjadi kunci kejayaan mereka.

Dua kemenangan ini mengukuhkan reputasi USM sebagai pencabar utama di MASUM 2025 dan menjadi suntikan semangat untuk acara-acara seterusnya.

Laporan Ringkas Keputusan Harian MASUM 2025

Lokasi: UniSZA, Terengganu

🟣 Petanque (Triple Lelaki)

18 Sept 2025

USM 🟪 7 – 5 UMT

✅ USM berjaya menewaskan UMT dengan perlawanan sengit.

19 Sept 2025

USM 🟪 3 – 11 UKM

❌ USM tewas kepada UKM.

🟣 Bola Tampar Lelaki

18 Sept 2025

USM 🟪 1 – 2 IIUM

❌ USM kecundang tipis selepas perlawanan 3 set.