Skip to main content

USM TERUS BERJUANG DALAM VARSITY TEAM CHAMPIONSHIP 2025

May be an image of 10 people and text that says "USM OUSM APEX LRNVERSIT SANS LRNERSISAMISMALASIA ANSIA VARSITY TEAM CHAMPIONSHIP 2025 6 AUG. 6AUG.2025 2025 UPSI 3.40 3.40PM PM USM OKI WANITA O VS 7 UPM マ菌業 DSAKA SAEK"

UPSI, 6 Ogos 2025 – Pasukan hoki wanita Universiti Sains Malaysia (USM) turun beraksi dalam perlawanan sulung mereka di Kejohanan Varsity Team Championship 2025 menentang pasukan kuat dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Walaupun tewas dengan keputusan 0-7, semangat juang yang ditunjukkan oleh para pemain USM wajar dipuji.

Perlawanan yang berlangsung di padang hoki UPSI pada jam 3.40 petang menyaksikan dominasi pasukan pilihan UPM yang lebih berpengalaman, namun skuad USM tetap bermain dengan penuh komitmen dan tidak pernah berputus asa hingga wisel penamat dibunyikan.

Hoki Wanita USM harus gunakan perlawanan menentang UPM sebagai pasukan pilihan VTC kali ini untuk menguji setiap posisi dalam pasukan dalam mendapatkan rentak dan mampu atasi halangan perlawanan kedua dan ketiga kelak.

Perlawanan Seterusnya: Misi Bangkit Menentang Politeknik

Pasukan USM kini sedang giat melakukan persiapan bagi perlawanan kedua menentang pasukan Politeknik yang akan berlangsung pada 7 Ogos 2025, jam 3.00 petang. Para pemain dilihat lebih fokus, memperbaiki strategi permainan serta membina semangat berpasukan yang tinggi.

Seluruh warga USM diseru untuk memberikan sokongan moral kepada pasukan hoki wanita kita. Kehadiran dan sorakan anda mampu menjadi penyuntik semangat kepada para atlet yang berjuang mengharumkan nama universiti.

Ayuh warga USM, kita bangkit bersama! Walau apapun keputusan lalu, semangat juang itu lebih bermakna.

USM Boleh! 💪🏑💜