• Home
  • Media
  • Buletin
  • USM NAIB JUARA SUKUM 2024: 15 EMAS, 10 PERAK, 19 GANGSA

USM NAIB JUARA SUKUM 2024: 15 EMAS, 10 PERAK, 19 GANGSA

 

    

SUKUM CLOSING

 
USM, PULAU PINANG, 18 Ogos 2024 – Universiti Sains Malaysia (USM) sekali lagi membuktikan kecemerlangannya apabila meraih gelaran Naib Juara dalam Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Awam Malaysia (SUKUM) 2024 yang berlangsung di Universiti Malaysia Sabah baru-baru ini.
 
Dengan kekuatan kontinjen yang terdiri daripada 227 atlet, USM berjaya mengharumkan nama universiti dengan membawa pulang 15 pingat emas, 10 pingat perak, dan 19 pingat gangsa dalam 11 acara sukan yang dipertandingkan.
 
Pencapaian 44 pingat secara keseluruhan dalam edisi kejohanan ke-45 ini membolehkan USM berada di tempat kedua daripada 20 kontinjen yang mengambil bahagian, ketinggalan hanya dengan perbezaan pingat perak dengan sang juara yang turut meraih 15 pingat emas.
 
Pasukan Bola Sepak Senior mencatat pencapaian cemerlang dengan merangkul gelaran Johan tanpa sebarang rekod kekalahan. Pasukan Tenpin Bowling lelaki USM juga turut meneruskan legasi kecemerlangan apabila memastikan pingat emas kekal milik USM dalam edisi SUKUM untuk tiga tahun berturut-turut.
 
Pendaftar USM merangkap Ketua Kontinjen USM di SUKUM 2024, Mohd Azizuddin Mohd Shariff berkata, USM berbangga dengan pencapaian yang dipamerkan pada SUKUM kali ini dan berharap momentum berkenaan dapat diteruskan pada masa hadapan.
 
Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada pihak Universiti dan Naib Canselor, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed khususnya, atas peluang serta sokongan kewangan dan moral yang diberikan untuk menyertai Kejohanan SUKUM 2024 berkenaan.
 
“Tahniah diucapkan kepada atlet USM yang memacu kejayaan di SUKUM dengan cemerlang serta bermain dengan penuh semangat kesukanan. Kerjasama antara warga USM juga telah menjurus kepada kejayaan yang diraih oleh kontingen USM di negeri di bawah bayu ini,” ujar beliau.
 
Aziz juga berkata, sejajar dengan komitmen dan disiplin yang dicerminkan sewaktu acara sukan berlangsung, USM berjaya melepasi sasaran yang ditetapkan iaitu kedudukan tiga terbaik daripada keseluruhan kontinjen yang mengambil bahagian.

 

 

 

 

Hubungi Kami


WAKTU URUSAN PEJABAT
PUSAT SUKAN DAN REKREASI

KAMPUS INDUK DAN
KAMPUS KEJURUTERAAN

NO. TEL (P):
04-653 4521 (INDUK)
04-599 5700 (KEJURUTERAAN)

EMEL RASMI:
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. (INDUK)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. (KEJURUTERAAN)

 

NO. TEL (KAUNTER TEMPAHAN):
04-653 5809 (INDUK)
04-599 5701 (KEJURUTERAAN)

ISNIN-KHAMIS :
8.10 am-5.10 pm

JUMAAT :

8.10 am-12.00 pm

2.45 pm-5.10 pm

SABTU/AHAD &
HARI KELEPASAN AM:

TUTUP

WAKTU URUSAN PEJABAT
PUSAT SUKAN DAN REKREASI

KAMPUS KESIHATAN

NO. TEL (P):
09-7671 331 (PEJABAT)
09-7671 330 (KAUNTER)

EMEL RASMI:
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

NO. TEL (KAUNTER TEMPAHAN):
04-653 5809

AHAD-KHAMIS :
8.10 am-5.10 pm

JUMAAT/SABTU &
HARI KELEPASAN AM:

TUTUP


PUSAT SUKAN DAN REKREASI
KAMPUS INDUK

PUSAT SUKAN DAN REKREASI
KAMPUS KEJURUTERAAN

PUSAT SUKAN DAN REKREASI
KAMPUS KESIHATAN


Penafian    |    Dasar Privasi    |    Dasar Keselamatan    |    Peta Laman    |    Galeri  |    Hakmilik   |   Login

Tentang Kami

Laman ini menyediakan informasi perkhidmatan yang disediakan di Pusat Sukan dan Rekreasi, USM.

Pautan Pantas

  • Kampus Kejuruteraan
  • Kampus Kesihatan
  • IPPT
  • Lain-lain
Flag Counter

Hak Cipta © 2024 Pusat Sukan dan Rekreasi, Universiti Sains Malaysia.