Skip to main content

USM MINDEN TIGER BAWA HARAPAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA KE ARAU

ARAU, PERLIS — Pasukan bola sepak USM Minden Tiger, yang diwakili sepenuhnya oleh mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM), bersedia mengharungi cabaran dalam Kejohanan Liga Bola Sepak IPT Divisyen 2 2026 yang berlangsung di UiTM Kampus Arau, Perlis.

Pasukan diketuai oleh Syed Mohd Fairuz bin Syed Omar Nasiry selaku pengurus, manakala Ahmad Faisal bin Nazari bertindak sebagai jurulatih yang membimbing skuad USM Minden Tiger dengan dibarisi 25 pemain iaitu:

May be an image of text

Abu Dzar bin Mohamed Abd Kadir, Joachim Jan a/l Janly, Mohamad Alieff Farhan bin Mohd Fauzi, Mohamed Aiman Haiqal bin Mohamed Shah Ali, Mohd Shaiful Amirul bin Selamat, Mokhtar Lamata bin Ibrahim, Muhamad Mukmin bin Muhamad Zamri, Muhammad Adham bin Suhaimi, Muhammad Alif Faiq bin Muhammad Hisham, Muhammad Azreen Syahmi bin Rosman, Muhammad Danial bin Kauzi, Muhammad Daniel Asyraaf bin Mohd Ahiar, Muhammad Fahrin Aiman bin Alias, Muhammad Faiz bin Mansor, Muhammad Faiz Iskandar bin Azri, Muhammad Faris bin Premnasir, Muhammad Ferhad bin Premnasir, Muhammad Hafis bin Che Wan Naman, Muhammad Harith Irfan bin Shaifulbakhtiar, Muhammad Raziq Adnan bin Rizal Adnan, Muhammad Syakir bin Rosman, Nur Irfan Iman bin Juma’in, Wan Amirul Aizzat bin Wan Mohd Fatah Auni dan Wan Muhammad Ashraff bin Wan Zaki.

Kejohanan ini bakal menjadi medan penting buat USM Minden Tiger menguji kemampuan serta keserasian pasukan selepas melalui siri persiapan dan latihan.

Persaingan di peringkat Divisyen 2 pastinya menuntut tahap kecergasan, disiplin taktikal dan mentaliti yang tinggi daripada setiap pemain.

Dengan UiTM Kampus Arau menjadi pentas perjuangan, USM Minden Tiger berharap dapat memberikan persembahan terbaik dan mencipta keputusan positif sepanjang kejohanan ini berlangsung.