USM MENCABAR SEMUA AKSI DI SUKANUN 2025
11 September 2025 (Khamis) | UITM Seri Iskandar & Venue lain
Kontinjen USM terus memperlihatkan semangat juang tinggi pada hari ketiga SUKANUN 2025 dengan dua aksi penuh dramatik yang menyaksikan pasukan bola sepak 9’s dan pétanque lelaki mara ke peringkat lebih tinggi.
Acara Lain

Bola Jaring: USM tewas di pusingan kedua kepada PDC, 11-33.

Ping Pong Berpasukan: USM terkandas di pusingan suku akhir selepas tewas 2-3 kepada LHDN/CIDB.
Badminton Berpasukan: USM akhiri saingan di pusingan kedua selepas tewas 0-3 kepada UM.
Futsal: USM terhenti di pusingan kedua selepas terikat 1-1 menentang LPKTN sebelum tewas 1-3 menerusi penentuan penalti.
Tenpin Bowling Berpasukan: Aksi masih diteruskan di venue Ipoh.
Sorotan terbaik hari Ini:
Bola Sepak 9’s mara ke separuh akhir.
USM vs Perbadanan Putrajaya
Petanque Lelaki mara ke pentas akhir.
USM vs UITM