Skip to main content

USM MELAKAR AKSI POSITIF DALAM SAINGAN HOKI VTC UPSI 2025

UPSI 7 Ogos 2025 emangat Ungu Berkobar! Hari ini, Universiti Sains Malaysia (USM) membuktikan keunggulan di arena sukan! Dalam Kejohanan Varsity Team Championship 2025, pasukan hoki lelaki dan wanita USM telah turun beraksi dengan penuh semangat dan dedikasi!

[HOKI LELAKI] USM 1 – 0 UKM

Syabas buat pasukan hoki lelaki USM yang berjaya mencatat kemenangan tipis namun penuh bermakna menewaskan UKM!

Taktikal bijak, pertahanan mantap dan semangat berpasukan telah membawa kemenangan manis ini. USM BOLEH!

[HOKI WANITA] USM 0 – 4 Politeknik

Biarpun keputusan tidak memihak kepada USM, pasukan wanita kita telah berjuang sehabis baik dengan penuh semangat kesukanan.

Kekalahan ini bukan pengakhiran, sebaliknya langkah awal untuk bangkit lebih kuat! Kami tetap bangga dengan semangat anda 💪

Jom berikan sokongan tlet-atlet kita!

Mereka bukan hanya membawa nama universiti, tapi juga semangat kita semua.

Inilah roh USM – berani, bersatu dan tak pernah mengalah!