Skip to main content

USM JADI PENTAS PERTEMBUNGAN HOKI MAKSAK MALAYSIA 2025

May be an image of ‎tennis player and ‎text that says "‎서상시다톡스K MAK ד 2025 HOKI 2025 9'S 10-12 JULAI 2025 UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM), PULAU PINANG MAGAROrA Or‎"‎‎

USM, Pulau Pinang 10-12 Julai 2025 — Stadium Hoki Universiti Sains Malaysia (USM) menjadi lokasi rasmi Kejohanan Hoki MAKSAK Malaysia 2025, menghimpunkan pasukan negeri dari seluruh negara dalam kejohanan selama tiga hari.

Kejohanan ini menyaksikan pertembungan sengit antara kontinjen negeri seperti Selangor, Kedah, Perak, Pulau Pinang, Johor, Pahang, Terengganu dan lain-lain, dalam usaha merebut kejuaraan hoki peringkat kebangsaan anjuran MAKSAK Malaysia.

USM mengalu-alukan kehadiran semua pasukan yang berkampung di kampus induk bermula 10 Julai 2025. Stadium Hoki USM yang menjadi gelanggang rasmi kejohanan ini merupakan fasiliti bertaraf antarabangsa dan mendapat pengiktirafan piawaian Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) untuk penganjuran kejohanan tempatan dan antarabangsa.

Jadual kejohanan:

10-11 Julai 2025: Perlawanan peringkat kumpulan

12 Julai 2025: Perlawanan akhir & penyampaian hadiah

Kejohanan ini bukan sahaja merancakkan persaingan sukan, malah mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan penjawat awam seluruh negara menerusi platform MAKSAK.

Selamat datang ke USM, selamat bertanding dan semoga berjaya!