Skip to main content

USM HT TERUS MENCABAR LIGA PULAU PINANG

USM Hockey Team mencatat lima kemenangan berturut-turut dalam Liga Hoki Pulau Pinang Sesi 2025/2026 dengan jaringan keseluruhan 37 gol dan hanya 6 bolos. Prestasi konsisten ini membuktikan kekuatan seimbang USM dari segi serangan dan pertahanan, sekali gus meletakkan pasukan dalam landasan terbaik untuk terus mencabar kejuaraan liga.

May be an image of hockey and text that says "PENANG CKEY HOCKELEAGUE LEAGUE 25 25/262= 5:15PM||SAT 5: 5:15 SAT 7 FEBRUARY 2026 USM HOCKEY म्रय vs STADIUM HOCKEY OFFICIALUSMHOCKEY"

Bermula dengan kemenangan besar 10-0 ke atas MI Young Boys, USM terus menunjukkan dominasi mutlak apabila mengulangi jaringan 10 gol tanpa bolos menentang PESSCA.

Momentum tersebut diteruskan dengan kemenangan meyakinkan 6-2 ke atas The Cops, diikuti kejayaan menundukkan BTS AMK 5-2 di Stadium Hoki Bertam.

Kemenangan terbaru 6-2 ke atas OFA pada 7 Februari 2026 sekali lagi mengesahkan kekuatan USM sebagai antara pasukan paling konsisten musim ini.

📊 Statistik Ringkas USM

Perlawanan: 5

Menang: 5

Gol Jaringan: 37

Gol Bolos: 6

Perbezaan Gol: +31