Skip to main content

USM Falcons Juara Bola Tampar Penang Close 2025!

Nibong Tebal, 20 Oktober 2025 – Pasukan USM Falcons mencipta sejarah apabila muncul juara Penang Close 2025 buat pertama kalinya, menewaskan pasukan Black Horse dalam perlawanan akhir sengit dengan keputusan 25-23, 25-20.

Falcons mempamerkan semangat juang tinggi, bangkit daripada ketinggalan di set pertama sebelum menutup perlawanan dengan permainan mantap dan tersusun. Sorakan penyokong menjadi pembakar semangat untuk mereka melakar kemenangan bersejarah ini.

Jurulatih pasukan, Dr. Azam Taufik, menzahirkan rasa bangga terhadap komitmen anak buahnya:

“Kejayaan ini hasil kerja keras dan kepercayaan antara pemain. Saya tekankan sejak awal — menang bukan sekadar skor, tapi keberanian untuk terus berjuang hingga akhir.”

Beliau turut menambah bahawa kejayaan ini menjadi permulaan era baharu USM Falcons dan bersama menaikkan nama sukan USM pada masa akan datang

“Kita tidak akan berhenti di sini. Falcons akan terus terbang tinggi,” ujar Dr. Azam Taufik penuh semangat.