USM CEMERLANG! SKUAD WANITA USM BAWA PULANG GANGSA DARI KUALA TERENGGANU

Terengganu, 20 September 2025 – Satu lagi sejarah manis tercipta buat Universiti Sains Malaysia (USM) apabila pasukan Bola Tampar Wanita USM berjaya merangkul pingat gangsa pada Karnival Sukan MASUM 2025 yang berlangsung di UniSZA, Terengganu.
USM menutup kempen dengan penuh bergaya apabila menewaskan Universiti Malaya (UM) dalam aksi penentuan tempat ketiga dengan keputusan dramatik 3-2. Perlawanan penuh mendebarkan itu menyaksikan semangat juang tinggi, keutuhan pasukan, serta strategi mantap yang diterjemahkan oleh skuad muda berbakat ini.
Kejayaan ini bukan sahaja menghadiahkan pingat berharga buat kontinjen USM, malah mengangkat nama universiti sebagai sebuah institusi yang bukan sahaja unggul dalam bidang akademik, tetapi turut gah dalam arena sukan.
Kejayaan ini adalah bukti bahawa atlet USM mampu bersaing di pentas kebangsaan dengan semangat juang yang tinggi. Pingat gangsa ini melambangkan dedikasi, disiplin, dan kerja berpasukan yang mantap. Tahniah kepada seluruh pasukan serta barisan kejurulatihan.
Lebih manis, pencapaian ini hadir hasil daripada persediaan rapi, latihan intensif, serta sokongan padu warga USM yang sentiasa berada di belakang pasukan. Sorakan dan semangat penyokong turut menjadi pembakar motivasi buat skuad bola tampar wanita untuk terus memberikan aksi terbaik.
Dengan semangat “Kami Memimpin”, USM membuktikan bahawa kejayaan di medan sukan adalah sebahagian daripada perjuangan membentuk mahasiswa yang seimbang dari segi intelek, sahsiah dan fizikal. Pingat gangsa ini menjadi inspirasi untuk lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.
Syabas & Tahniah Pasukan Bola Tampar Wanita USM!
Anda adalah kebanggaan Universiti Sains Malaysia – terus mara, terus menyinar!