USM CEMERLANG DI VARSITY BEACH VOLLEYBALL 2025!

Aishah-Joyce Buktikan USM Dominasi Pasir Pantai UMT
Kuala Nerus, 18 Oktober 2025 – Semangat juang dan ketangkasan menjadi saksi apabila pasukan Universiti Sains Malaysia (USM) tampil cemerlang dalam Varsity Beach Volleyball 2025 yang berlangsung di Perkarangan Pantai Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dari 15 hingga 18 Oktober 2025.
Dalam kategori wanita, pasangan hebat Noor Aishah Iskandar (P.P. Pengurusan dan Joyce Teo Xu Yan (P.P. Teknologi Industri) muncul Johan selepas aksi mantap dan konsisten sepanjang kejohanan. Mereka berjaya menewaskan lawan dengan kawalan servis tajam dan serangan taktikal yang sukar dibaca.

Manakala kategori lelaki turut menyaksikan aksi bertenaga daripada Ashrul Aizad (P.P. Komunikasi) yang membawa nama USM dengan penuh semangat, disokong oleh kecekapan pasukan rakan seuniversiti lain.

Kejohanan ini turut menyaksikan kejayaan Murshina Syafiqah (P.P. Seni) dan Nurul Atikah Ruslan (P.P. Komunikasi) yang menamatkan saingan sebagai Ketiga Bersama bagi kategori wanita, serta Kordineil Rezod (P.P. Kejuruteraan Awam) yang turut mengulangi pencapaian sama dalam kategori lelaki.
Dengan hadiah wang tunai sebanyak RM500 untuk Johan, RM300 untuk Naib Johan, dan RM100 untuk Ketiga Bersama, kejohanan anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi bersama UMT ini bukan sekadar medan persaingan, tetapi juga simbol semangat kesukanan, disiplin dan keunggulan pelajar IPT di seluruh negara.
“Kemenangan ini hasil latihan berterusan dan semangat berpasukan yang tinggi. Kami bangga membawa nama USM di pentas kebangsaan,” ujar Noor Aishah penuh semangat selepas kemenangan.
USM terus membuktikan bahawa mereka bukan sekadar Menara Ilmu, tetapi juga kuasa besar dalam arena sukan universiti negara – selari dengan moto kebanggaan,