Skip to main content

USM BERI TENTANGAN SENGIT DALAM DUA AKSI ANTARABANGSA DI MACAU

MACAU, 29 Jun 2025 – Pasukan bola keranjang Universiti Sains Malaysia (USM) memperagakan aksi bertenaga dan menakjubkan dalam kejohanan 2025 International University Basketball Invitational Tournament yang berlangsung di Macau, meskipun tewas dalam dua perlawanan sengit menentang University of Cambridge dan National University of Singapore (NUS).

Bertemu University of Cambridge dalam perlawanan pertama, USM tidak gentar berdepan gergasi dari United Kingdom itu. Aksi seimbang dipamerkan sepanjang empat suku permainan dengan pemain-pemain seperti Yong (17), Yee (22) dan Chew (25) menjadi tonggak utama jentera serangan. USM berjaya memberi tentangan hingga ke penghujung permainan sebelum akur dengan kekalahan tipis 54-60.

Pemain Cambridge bernombor 6 Kunisada muncul penjaring terbanyak perlawanan dengan 12 mata, namun USM berjaya membuktikan keupayaan mereka di pentas antarabangsa.

Dalam aksi kedua menentang tuan rumah NUS, USM sekali lagi mempamerkan semangat juang luar biasa. Perlawanan berlangsung seimbang dengan kedua-dua pasukan saling berbalas mata. Pemain USM seperti Lim (7), Neo (15) dan Lee (27) memainkan peranan penting dengan beberapa jaringan penting, sementara NUS berjaya mencuri kelebihan di saat akhir untuk meraih kemenangan tipis 63-58. Kelebihan pengalaman di pihak NUS nyata menjadi faktor pemisah dalam perlawanan yang cukup seimbang ini.

May be an image of 5 people, people playing basketball and text that says "IS .um um 15 9"

Walaupun terpaksa akur dengan dua kekalahan tipis, persembahan konsisten USM sepanjang kejohanan ini jelas membuktikan keupayaan dan potensi besar yang dimiliki pasukan bola keranjang universiti berkenaan. Pengalaman berharga ini bakal menjadi pemangkin buat pemain-pemain muda USM memperkemaskan taktikal dan meningkatkan keyakinan diri untuk saingan peringkat antarabangsa yang akan datang.

Syabas dan tahniah buat kontinjen bola keranjang USM di atas persembahan bermaruah sepanjang kejohanan ini!