USM BERENTAP DI VARSITY SERIES 2 TERENGGANU
TERENGGANU, 26-29 Jun 2025 — Universiti Sains Malaysia (USM) terus memperkukuh penglibatan dalam arena sukan IPT apabila menghantar dua pasukan serentak menyertai kejohanan berprestij Varsity Series 2 yang berlangsung di negeri Terengganu.
Olahraga USM di Varsity Track & Field Series 2

Pasukan Olahraga USM mempertaruhkan atlet olahraga yang akan mencabar dan berikan saingan hebat dalam Varsity Track & Field Series 2 di Stadium UniSZA, Kuala Nerus. Dengan penyertaan atlet-atlet berpotensi besar, kontinjen olahraga USM tampil bersemangat dan mempunyai motivasi yang tinggi untuk menyertai kejohanan ini.
Ianya menjadi medan penting buat atlet USM menguji kemampuan di pentas kompetitif IPT sebelum ke kejohanan utama akan datang.
Sepak Takraw USM di Varsity Sepak Takraw League Series 2
Dalam masa yang sama, Pasukan Sepak Takraw USM turut turun gelanggang di Varsity Sepak Takraw League Series 2 bertempat di Stadium Tertutup Negeri Terengganu. Dengan mempertaruhkan dua regu utama dan 1 gandingan bergu, pasukan ini bersaing sengit menentang pasukan-pasukan universiti ternama dari seluruh negara. Kejohanan ini menjadi pentas penting bagi mengetengahkan bakat muda USM dalam sukan warisan ini, di samping membina kekuatan regu ke arah kejohanan lebih besar di peringkat kebangsaan.

Komitmen USM dalam Sukan Varsiti
Penyediaan dua pasukan ke kejohanan serentak ini jelas mencerminkan kesungguhan USM dalam membangunkan atlet pelapis universiti serta menyemarakkan penyertaan sukan di peringkat IPT. Ia turut mendapat sokongan penuh daripada Pengurusan Tertinggi Universiti dalam usaha menjadikan USM antara universiti terunggul dalam pembangunan sukan pelajar.
Selamat maju jaya buat semua atlet dan pegawai USM di Varsity Series 2 Terengganu. Teruskan berjuang dan harumkan nama universiti.