Skip to main content

TUAH USM FC DI STADIUM HANG JEBAT!

Melaka, 13 Disember 2025 – USM FC membuka tirai suku akhir pertama di laman lawan Liga A2 Amatur dengan keputusan positif apabila menewaskan MBMB Warrior FC 5–2 dalam perlawanan pertama yang berlangsung di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Perlawanan berlangsung seimbang dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan pada separuh masa pertama. USM FC mendahului pada dua gol separuh masa pertama dengan mengekalkan berdisiplin dari segi struktur permainan dan tidak ketinggalan sepanjang babak tersebut, sebelum menampilkan ketajaman serangan yang lebih tersusun.

Memasuki separuh masa kedua, tempo perlawanan meningkat. USM FC berjaya memanfaatkan ruang dan peluang untuk menghasilkan jaringan demi jaringan. Walaupun MBMB Warrior FC menjaringkan dua gol pada separuh masa kedua, keampuhan jentera serangan USM FC memastikan kelebihan selesa menjelang tamat perlawanan.

Keputusan 5–2 ini memberikan kelebihan agregat awal kepada USM FC menjelang aksi timbal balik suku akhir yang dijadualkan berlangsung pada 20 Disember 2025.

Jurulatih USM FC – Azizul Ahmad Sabri berkata:

“Semua perlawanan amat penting bahi kami. Fokus kami adalah mengawal permainan tanpa membuka ruang berlebihan.”

Menurut Azizul Ahmad Sabri, keutamaan pasukan adalah keseimbangan taktikal dan juga faktor kesefahaman pasukan bersama barisan kejurulatihan yang sentiasa memastikan prestasi pemain berada pada tahap terbaik. "Kami sedar MBMB pasukan yang tidak mudah mengalah. Aksi timbal balik memerlukan disiplin lebih tinggi.”

Beliau menegaskan:“Kelebihan ini belum menjamin apa-apa. 20 Disember adalah perlawanan yang menentukan.”

USM FC kini akan mengalihkan fokus sepenuhnya kepada persiapan rapi menjelang perlawanan timbal balik suku akhir pada 20 Disember 2025, dengan matlamat mengesahkan tempat ke separuh akhir Liga A2 Amatur.

Senarai Penjaring USM FC

AIDIL DANIAL 16’

AKMAL RIZAL 23’

AMINUDDIN 51’

NAJIY 89’

FAUZI KADAR 90+2’