Skip to main content

TAEKWONDO USM RAIH PINGAT PERAK MASUM 2025 – SEMANGAT JUANG VINITHA KEBANGAAN UNIVERSITI

May be an image of 3 people and text that says "SM NFSTISNISVALNSA KEPUTUSAN HARIAN MASUM 2025 1 UMT, TERENGGANU INGG MANI T UA 1! UNIVER UNIVE UINIVE USM MALAM MAL SANS TAEKWONDO (KYORUGI WANITA 73KG & KE ATAS) VINITHA A/P RAMACHANDRAN 19 Sept. Sept.2025 2025 PINGAT PERAK"

UMT, Terengganu, Semangat juang tanpa mengenal erti penat membuahkan hasil apabila atlet taekwondo Universiti Sains Malaysia (USM), Vinitha A/P Ramachandran, berjaya menghadiahkan pingat perak buat kontinjen USM dalam acara Taekwondo (Kyorugi Wanita 73kg & ke atas) di MASUM 2025.

Aksi penuh semangat dan mendebarkan dipamerkan Vinitha sepanjang kejohanan ini, di mana beliau berjuang dengan penuh disiplin, fokus serta keberanian.

Walaupun tewas tipis di peringkat akhir, pencapaian ini membuktikan keunggulan dan kemampuan atlet USM untuk terus bersaing di pentas kebangsaan.

Kejayaan ini bukan sahaja menjadi kebanggaan Pusat Pengajian dan pasukan, malah menyemarakkan semangat seluruh kontinjen USM untuk terus memberikan aksi terbaik dalam baki acara yang dipertandingkan.

“Saya berterima kasih kepada jurulatih, rakan sepasukan serta seluruh warga USM yang sentiasa memberi sokongan. Pingat ini adalah untuk kita semua,” ujar Vinitha dengan penuh rendah diri selepas tamat perlawanan.

Pencapaian ini jelas membuktikan bahawa USM bukan sahaja gah dalam bidang akademik, malah turut menyerlah dalam arena sukan universiti.

Dengan semangat “We Lead”, kontinjen USM akan terus melakar kejayaan demi kejayaan, sekaligus mengharumkan nama universiti di peringkat kebangsaan.