Skip to main content

TAEKWONDO POOMSAE CAMPURAN BAWA GANGSA BUAT USM!

UMT, 17 September 2025 – Semangat juang yang tidak pernah luntur sekali lagi dibuktikan oleh atlet Taekwondo USM apabila berjaya membawa pulang pingat gangsa dalam acara Poomsae Campuran di pentas Karnival Sukan MASUM 2025.

Walaupun berdepan saingan hebat daripada kontinjen universiti lain yang penuh pengalaman, pasukan Taekwondo USM tetap tampil dengan persembahan bertenaga, penuh disiplin, serta teknik yang mengagumkan.

Gerakan yang mantap dan kekompakan antara pasangan USM menjadi kunci kejayaan untuk menempah podium dan seterusnya menghadiahkan satu lagi pencapaian manis buat kontinjen.

Pingat gangsa ini bukan sahaja simbol ketekunan latihan berbulan-bulan, tetapi juga bukti bahawa Taekwondo USM berada pada landasan tepat untuk terus melakar kejayaan lebih besar pada masa akan datang.

Tahniah diucapkan kepada para atlet serta barisan jurulatih yang sentiasa menjadi tulang belakang kejayaan ini. Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat untuk kontinjen USM terus melakar sejarah baharu dalam temasya MASUM 2025!