SUKJAP USM - ZON 10 DOMINASI BOLA TAMPAR SUKJAP USM 2025

PULAU PINANG, 27 Mei 2025 — Zon 10 terus mencipta sejarah cemerlang dalam temasya Sukan Antara Jabatan/Pusat Pengajian (SUKJAP) Universiti Sains Malaysia (USM) apabila muncul juara bagi kedua-dua kategori bola tampar lelaki dan wanita bagi edisi 2025.
Pasukan bola tampar lelaki Zon 10 berjaya mempertahankan kejuaraan mereka buat kali kedua berturut-turut selepas menewaskan pasukan Zon 1 dalam perlawanan akhir yang penuh aksi sengit di Gelanggang Bola Tampar USM. Kejayaan ini mengekalkan dominasi Zon 10 dalam kategori lelaki sepanjang dua tahun berturut-turut.
Kejayaan pasukan wanita Zon 10 turut mencuri tumpuan apabila mereka menewaskan pasukan Zon 6 dalam aksi akhir kategori wanita. Persembahan konsisten dan semangat berpasukan yang tinggi telah membolehkan pasukan wanita Zon 10 menjulang kejuaraan, sekali gus memastikan Zon 10 mengungguli kedua-dua kategori utama bola tampar SUKJAP USM kali ini.
Pengurus Zon 10 Dr Ng Siew Kit merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pemain, jurulatih serta penyokong yang telah memberikan komitmen penuh sepanjang kejohanan berlangsung. Kejayaan berganda ini bukan sahaja membuktikan kemampuan Zon 10 dalam bidang sukan, malah memperlihatkan semangat setiakawan serta kerjasama erat dalam kalangan warganya.
Kemenangan ini menyemarakkan lagi suasana SUKJAP USM 2025 yang saban tahun menjadi platform penting dalam memupuk budaya hidup sihat, semangat kesukanan dan perpaduan dalam kalangan staf USM.
Tahniah Zon 10 — Juara Bola Tampar Lelaki & Wanita SUKJAP USM 2025!
Keputusan SUKJAP Bolatampar 2025
Bola Tampar Wanita
Johan - Zon 10
Naib Johan - Zon 6
Ketiga bersama - Zon 3 dan Zon 6
Bola Tampar Lelaki
Johan - Zon 10
Naib Johan - Zon 1
Ketiga bersama - Zon 3 dan Zon 5