SUKJAP USM KAMPUS KESIHATAN: INOVASI & INTEGRITI UNGGULI KEJOHANAN BOLA TAMPAR 2025

USM Kubang Kerian, 12 Julai 2025 – Kejohanan Bola Tampar SUKJAP USM Kampus Kesihatan 2025 melabuhkan tirainya dengan penuh meriah di Kompleks Sukan USM. Pertandingan yang berlangsung selama dua hari itu menyaksikan aksi sengit melibatkan pasukan-pasukan dari pelbagai Zon, yang bertanding bagi merebut kejuaraan dalam kategori lelaki dan wanita.

Kategori Wanita: Integriti Juara Baharu
Saingan kategori wanita cukup mendebarkan apabila pasukan Integriti berjaya menundukkan Kreativiti dalam perlawanan akhir dengan keputusan 31-21.
Terdahulu, dalam separuh akhir, Integriti menewaskan Inovasi 31-21, manakala Kreativiti mencipta kejutan apabila menewaskan Lestari dengan mata 33-31 dalam perlawanan paling dramatik kejohanan.
Keputusan Penuh Bola Tampar Wanita:
Separuh Akhir
Integriti 31-21 Inovasi
Lestari 31-33 Kreativiti
Akhir
Integriti 31-21 Kreativiti
Kategori Lelaki: Inovasi Tampil Gah

Bagi kategori lelaki, pasukan Inovasi membuktikan keampuhan mereka apabila muncul juara setelah menewaskan Transformasi dengan keputusan 31-15 di pentas final. Inovasi mara ke final selepas menewaskan Kreativiti 31-24, manakala Transformasi sebelum itu berjaya menyingkirkan Lestari dengan mata 31-12.
Keputusan Penuh Bola Tampar Lelaki:
Separuh Akhir
Transformasi 31-12 Lestari
Inovasi 31-24 Kreativiti
Akhir
Transformasi 15-31 Inovasi
Encik Dzuribastian Azmi, Penyelaras Kejohanan SUKJAP USM Kampus Kesihatan 2025, beliau merasakan amat teruja terhadap penyertaan aktif dan semangat kesukanan tinggi yang ditunjukkan oleh semua pasukan.
“Kejohanan kali ini bukan sahaja medan untuk kita mengasah bakat dan mencungkil pemain berpotensi ke diketengahkan lagi sukan dikalangan warga staf USM, malah ia turut menjadi platform terbaik untuk memupuk perpaduan serta meningkatkan interaksi sihat dalam kalangan staf Kampus Kesihatan. Saya harap semangat kesukanan seperti ini dapat diteruskan dan diperkasakan dalam acara-acara akan datang,” ujar beliau.
Kejohanan ini turut mendapat sambutan baik daripada warga USM Kampus Kesihatan, yang hadir memberi sokongan dan menyemarakkan suasana sepanjang dua hari berlangsung.