Skip to main content

SUKJAP USM 2025 - SIAPA BAKAL JAGUH DI USM KAMPUS KESIHATAN

May be an image of text that says "USM USM េមងារទនាសអភ APEX #14A01/N BHEPA USM 督 .. ( SUKAN ANTARA JABATAN/PUSAT PENGAJIAN (SUKJAP) 1- 1-26 26 JULAI 2025 KOMPLEKS SUKAN, KAMPUS KESIHATAN Bola Jaring Futsal L/W "SATU STAF SATU SUKAN" Ping Pong Berpasukan Badminton Berpasukan Carrom Dart Petanque Bola Tampar L/W Bola Sepak Congkak Batu Seremban Sepak Takraw"

SUKJAP USM 2025 bakal menyaksikan persaingan hebat daripada enam kontinjen utama yang membawa nilai dan aspirasi masing-masing:

May be an image of text

🔴 INOVASI

🔵 TRANSFORMASI

🟠 INTEGRITI

🟡 SINERGI

🟣 KREATIVITI

🟢 LESTARI

Jangkaan setiap Kontigen diperkuat hampir 140 orang pada SUKJAP kali ini.

Setiap kontinjen akan mempertaruhkan atlet pilihan bagi merebut kejuaraan keseluruhan di samping menampilkan semangat kesukanan yang tinggi, seiring dengan moto “Sukan Menyatukan Kita”.

SEMANGAT, MOTIVASI DAN HARAPAN

Encik Dzuribastian Azmi, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Kampus Kesihatan USM ketika dihubungi berkata, amat berbesar hati dengan sambutan luar biasa penyertaan SUKJAP 2025 yang semakin meningkat saban tahun.

“Kita bukan sekadar mahu mengejar kejuaraan, tetapi lebih penting ialah membina budaya kerja berpasukan, keseronokan bersukan, dan merapatkan hubungan antara staf USM. Inilah platform terbaik untuk kita kenal siapa rakan sepejabat yang mungkin jarang kita sapa selama ini, dan di sini — di gelanggang dan di padang — kita semua adalah satu keluarga.”

Beliau turut menyeru agar semua staf kampus, tanpa mengira peringkat jawatan mahupun latar belakang, tampil memeriahkan SUKJAP kali ini.

“Saya nak semua staf tahu — sukan adalah bahasa perpaduan yang paling mudah dan ikhlas. Ayuh, turun padang, keluarkan peluh, beri sorakan dan cipta kenangan bersama. Jadikan SUKJAP 2025 ini medan kita pupuk kesepaduan dan buktikan staf USM Kampus Kesihatan sentiasa bersatu hati!”

Sukan Tradisional & Kompetitif Sepanjang SUKJAP 2025

Selain sukan kompetitif seperti Sepak Takraw, Bola Sepak, Futsal, Bola Tampar, dan Badminton, kejohanan kali ini turut menyelitkan acara sukan rakyat seperti Batu Seremban, Congkak, Karom, dan Dart yang menjadi tarikan utama bagi memupuk keterlibatan semua staf tanpa mengira usia, jawatan mahupun jabatan.

Kehadiran acara-acara tradisional ini membuktikan komitmen USM dalam memelihara warisan budaya sambil memperkukuhkan hubungan antara staf kampus.

SUKAN SATUKAN KITA

SUKJAP USM 2025 bukan sekadar kejohanan biasa, sebaliknya satu platform untuk memperkukuh nilai perpaduan, kerjasama, dan kesepaduan staf USM menerusi aktiviti sukan. Diharapkan semua warga kampus dapat turun padang memberikan sokongan dan menyertai acara yang dianjurkan.

Mari bersama-sama kita jayakan SUKJAP USM 2025 — pentas sukan, semangat dan persaudaraan kampus yang harmoni.

Satu Staf Satu Sukan — Bersukan, Bersatu, Berprestasi!