SUKJAP USM 2025: PENTAS PERPADUAN, KESERONOKAN & KESEPADUAN WARGA USM KAMPUS KESIHATAN

USM, 5 Julai 2025 — Sukan Antara Jabatan/Pusat Pengajian (SUKJAP) Universiti Sains Malaysia 2025 bakal membuka tirainya bermula 7 Julai hingga 26 Julai 2025 bertempat di Kompleks Sukan Kampus Kesihatan, USM. Penganjuran edisi kali ini membawa tema "Satu Staf Satu Sukan", menyasarkan penglibatan menyeluruh warga kampus dari pelbagai jabatan dan PTJ bagi memeriahkan agenda kesukanan dan perpaduan staf USM.
Sebanyak 15 acara sukan akan dipertandingkan dengan penglibatan kontinjen daripada pelbagai zon dan jabatan di kampus. SUKJAP bukan sahaja menjadi platform pencungkil bakat baharu dalam kalangan staf, malah medan terbaik untuk menyatukan warga kampus menerusi sukan, semangat kesukanan dan ukhuwah.
Senarai Acara dan Tarikh Perlawanan

Berikut merupakan acara-acara yang akan dipertandingkan sepanjang kejohanan SUKJAP 2025:
Petanque — 7 Julai 2025 (Isnin)
Futsal Wanita — 10 Julai 2025 (Khamis)
Futsal Lelaki — 10 Julai 2025 (Khamis)
Bola Tampar Wanita — 11 Julai 2025 (Jumaat)
Bola Tampar Lelaki — 12 Julai 2025 (Sabtu)
Ping Pong Berpasukan — 14 Julai 2025 (Isnin)
Sepak Takraw — 15 Julai 2025 (Selasa)
Badminton Berpasukan — 17 Julai 2025 (Khamis)
Batu Seremban — 19 Julai 2025 (Sabtu)
Congkak — 19 Julai 2025 (Sabtu)
Dart — 19 Julai 2025 (Sabtu)
Karom — 22 Julai 2025 (Selasa)
Bola Sepak — 24 Julai 2025 (Khamis)
Bola Jaring — 25 Julai 2025 (Jumaat)
Kesemua acara ini akan berlangsung di Kampus Kesihatan USM, dengan pelaksanaan secara berfasa sepanjang bulan Julai 2025.
Ini bakal menyaksikan pelbagai acara sukan di Kampus Kesihatan dan kemeriahan sambutan semangat kesukanan berjaya disemai sesama staf USM.