Skip to main content

SUKANUN 2025 - SERLAHKAN POTENSI PASUKAN KAROM USM!

Pasukan Karom Berpasukan Universiti Sains Malaysia (USM) melakar sejarah tersendiri apabila kembali beraksi di pentas SUKANUN 2025, sekaligus menandakan penampilan pertama mereka sejak sekian lama. Bertanding di gelanggang sendiri, pasukan ini tampil dengan semangat luar biasa walaupun berdepan lawan yang jauh berpengalaman.

Dalam perlawanan pembukaan menentang Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA),

May be an image of 15 people

USM tewas 0-5. Namun, semangat tidak pernah luntur. Pasukan karom USM bangkit dalam aksi kedua menentang UITM, memperlihatkan pertarungan sengit sebelum akur tewas tipis 2-3.

Walaupun keputusan tidak memihak kepada USM, pencapaian ini tetap dianggap kejayaan moral. Ia membuktikan bahawa pengurusan tertinggi USM percaya kepada potensi besar pasukan karom, sekaligus menjadi batu asas untuk terus membina skuad yang lebih mantap pada masa hadapan.

Kehadiran mereka di kejohanan ini adalah lebih daripada sekadar penyertaan – ia adalah simbol kebangkitan. Dengan pengalaman berharga yang diraih, pasukan karom USM kini berada di landasan tepat untuk menjadi pencabar baharu pada edisi akan datang.

Tahniah dan syabas pasukan Karom USM! Semoga semangat juang ini terus membara dan menjadi inspirasi buat seluruh warga universiti.