SUKANUN 2025 - BOLA JARING USM TONJOL PERSAINGAN HEBAT!

Pasukan bola jaring Universiti Sains Malaysia (USM) tampil penuh bergaya dalam saingan SUKANUN 2025 dengan mencipta kemenangan besar pada perlawanan sulung menentang Kejora. Bermula dengan langkah kanan, USM membuktikan dominasi apabila menundukkan lawan dengan keputusan luar biasa 2-36 – satu angka yang menggambarkan kekuatan serangan dan keteguhan pertahanan pasukan.
Walaupun berdepan cabaran lebih getir pada perlawanan kedua, USM terpaksa akur dengan kekalahan 31-13 kepada pasukan mantap UITM. Namun, berbekalkan semangat juang yang tidak pernah luntur, pasukan bola jaring USM berjaya menamatkan peringkat kumpulan sebagai naib johan kumpulan, sekali gus mengesahkan slot ke pusingan kalah mati.
Pada peringkat tersebut, USM bertemu cabaran hebat daripada PDC dan tewas 11-33. Namun begitu, keseluruhan perjalanan pasukan ini membuktikan bahawa mereka mampu bersaing dengan gergasi-gergarsi bola jaring agensi lain.
Lebih daripada sekadar keputusan, penyertaan kali ini menjadi bukti bahawa pengurusan tertinggi universiti yakin akan potensi pasukan bola jaring USM, yang terus mengorak langkah positif selepas sekian lama. Dengan komitmen, disiplin, dan semangat setiakawan, pasukan ini diyakini akan tampil lebih garang pada edisi akan datang.
Syabas buat pasukan bola jaring USM – kekalahan bukan pengakhiran, tetapi pemangkin untuk kebangkitan lebih gemilang.