SUKANUN 2025 - BADMINTON USM CIPTA DETIK TERBAIK LAYAK PUSINGAN KEDUA

Pasukan Badminton Berpasukan USM membuktikan semangat juang yang tinggi sepanjang aksi di pentas SUKANUN 2025 yang berlangsung di Manjung.

Walaupun langkah pertama sedikit goyah apabila tewas 1-4 menentang LHDNM, skuad USM tidak sesekali mengangkat bendera putih. Kebangkitan penuh semangat ditunjukkan dalam perlawanan kedua apabila berjaya menumpaskan UNIMAP dengan keputusan bergaya 4-1, sekali gus menempah tiket ke pusingan kedua.
Di peringkat kalah mati, USM sekali lagi memberi tentangan bermakna sebelum akur tewas 3-0. Namun, pencapaian mara ke pusingan kedua cukup membuktikan bahawa USM bukan sekadar pencabar, tetapi pasukan yang mempunyai potensi besar untuk pergi lebih jauh.
Setiap titik peluh yang dicurahkan di gelanggang menjadi bukti bahawa semangat, keberanian dan kesungguhan warga USM tidak pernah luntur. Kemenangan dan kekalahan hanyalah angka – tetapi perjuangan ini adalah lambang kebanggaan seluruh universiti.