Skip to main content

SUKAN USM RAI 31 TAHUN KECEMERLANGAN WANITA DAN SUKARELAWAN SUKAN ANTARABANGSA

May be an image of basketball and text that says "BHEPA MILO FLUM APEX® まのせ PESTA BOLA JARING31 31" USM MILO DOLA JARING PENANG INTERNATIONAL 2025 24 OFFICIAL TOURNAMENT BALL AZMAN HASHIM USM SPORTS ARENA. UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, PULAU PINANG 2025 "Togetheri Sport, United in Spirit" CO-SPONSOR: Optimum Capacity Sdn. Bhd. 8 ELGINI"

USM Pulau Pinang, 24–26 OKTOBER 2025 —

Universiti Sains Malaysia (USM) sekali lagi bakal mencipta sejarah apabila Pesta Bola Jaring USM–Penang International edisi ke-31 berlangsung penuh meriah di Azman Hashim USM Sports Arena, menghimpunkan 120 penyertaan daripada pelbagai peringkat termasuk 29 pasukan antarabangsa, jemputan di mana 8 kategori akan dipertandingkan.

Kejohanan berprestij ini bukan sekadar medan persaingan sukan semata-mata, malah menjadi platform pembangunan kepimpinan wanita, pemerkasaan sukarelawan sukan, dan perkongsian ilmu (knowledge transfer) dalam bidang penganjuran serta pengurusan acara berskala besar.

Menariknya, edisi kali ini melibatkan 124 sekretariat dan pelajar wanita USM, yang bertindak sebagai tulang belakang penganjuran — daripada perancangan logistik, protokol, media, hingga urusan pertandingan teknikal. Penglibatan mereka bukan sahaja memperlihatkan ‘women power’ dalam dunia sukan, tetapi juga memperkukuh aspirasi universiti dalam melahirkan graduan holistik dan berdaya kepimpinan.

Pesta ini bukan sahaja mengangkat martabat bola jaring sebagai sukan wanita terkemuka, tetapi turut menjadi wadah latihan lapangan yang sebenar buat pelajar kita — di mana mereka belajar tentang tanggungjawab, komunikasi, dan kecekapan mengurus acara antarabangsa.

Selain memperkukuh hubungan antara komuniti tempatan dan antarabangsa, kejohanan yang menawarkan jumlah hadiah keseluruhan RM27,000 ini turut memperlihatkan bagaimana nilai kesukarelawanan dan ilmu pengurusan sukan boleh digabungkan dalam satu platform nyata.

Sebagai antara acara terpanjang dan tertua dalam kalendar sukan universiti, Pesta Bola Jaring USM–Penang International terus menjadi bukti bahawa wanita dan sukan mampu menjadi pemacu perpaduan, inspirasi serta kecemerlangan global.

"Together in Sport, United in Spirit"

#PBJUSM2025 #WomenInSports #VolunteerPower #KnowledgeTransfer #USMPride