SUKAD USM FASA 2 2025 WARNAI KAMPUS KEJURUTERAAN DENGAN AKSI SENGIT

SUKAD USM Fasa 2 2025 Warnai Kampus Kejuruteraan Dengan Aksi SengitNibong Tebal, 4 Mei 2025 — Sukan Antara Desasiswa Universiti Sains Malaysia (SUKAD) Fasa 2 telah berlangsung dengan penuh meriah dan semangat kesukanan di Kampus Kejuruteraan USM bermula 2 hingga 4 Mei 2025. Kejohanan yang menghimpunkan atlet-atlet pelajar dari pelbagai desasiswa ini berjaya menjadi platform pemerkasaan bakat muda serta mengukuhkan silaturrahim dalam kalangan komuniti kampus.Pelbagai acara dipertandingkan sepanjang tiga hari penganjuran, antaranya bola tampar, bola keranjang 3on3, ragbi, petanque dan catur. Setiap perlawanan menyaksikan persaingan hebat dan semangat juang tinggi daripada para atlet yang hadir bukan sahaja sebagai wakil desasiswa masing-masing, malah sebagai duta kepada semangat kesukanan USM.
Keputusan Rasmi SUKAD Fasa 2 2025
🏐 Bolatampar Lelaki
Johan: Tekun
Naib Johan: Restu
🏐 Bolatampar Wanita
Johan: Cahaya Gemilang Harapan
Naib Johan: Restu
🏉 RagbiJohan: Saujana
Naib Johan: Jaya Lembaran Utama
🏀 Bola Keranjang 3on3 WanitaJohan: Aman Damai
Naib Johan: Jaya Lembaran Utama
🏀 Bola Keranjang 3on3 Lelaki
Johan: Restu
Naib Johan: Murni Nurani
🏐 Petanque Wanita
Johan: Jaya Lembaran Utama
Naib Johan: Murni Nurani
🏐 Petanque Lelaki
Johan: Jaya Lembaran Utama
Naib Johan: Aman Damai
♟️ Catur Lelaki
Johan: Jaya Lembaran Utama
Naib Johan: Saujana
♟️ Catur Wanita
Johan: Aman Damai
Naib Johan: Restu
Semangat Kesukanan Jadi Tonggak Utama Penganjuran SUKAD Fasa 2 kali ini sekali lagi membuktikan kemampuan pelajar USM untuk bersaing secara sihat dalam suasana penuh harmoni. Setiap desasiswa hadir dengan pasukan penyokong masing-masing yang turut sama menyemarakkan suasana gelanggang dan venue pertandingan.Majlis penutup yang diadakan pada petang 4 Mei menyaksikan penyampaian hadiah kepada para pemenang, diserikan dengan kehadiran pegawai-pegawai desasiswa dan Pusat Sukan USM.
Semua pihak bersepakat bahawa penganjuran sebegini wajar diteruskan sebagai medan mencungkil bakat dan membentuk sahsiah pelajar.Tahniah diucapkan kepada semua desasiswa yang telah menunjukkan prestasi membanggakan dalam SUKAD Fasa 2 kali ini. Tidak kira kalah atau menang, semangat kesukanan dan ukhuwah yang terjalin sepanjang kejohanan inilah sebenarnya kejayaan utama buat seluruh warga USM.