SUKAD USM FASA 1-ATLET DESASISWA CEMERLANG PAMER AKSI DAN SEMANGAT LUAR BIASA

Hari kedua Sukan Antara Desasiswa (SUKAD) USM berlangsung penuh aksi dan sorakan, menampilkan persaingan sihat serta semangat juang yang luar biasa dalam kalangan atlet desasiswa.
Cahaya Gemilang Harapan muncul kuasa dominan apabila merangkul kejuaraan Bola Tampar Lelaki dan Wanita, sekali gus membuktikan kesepaduan dan kekuatan pasukan.
Dalam Bola Jaring, Murni Nurani dinobatkan Juara dengan permainan tersusun, manakala Aman Damai konsisten sebagai Naib Juara.
Arena Petanque Lelaki menyaksikan Indah Kembara menjuarai saingan, sementara Petanque Wanita dimenangi oleh Aman Damai dengan aksi penuh fokus.
Keputusan Ringkas Hari Kedua SUKAD USM:
Hoki (L & W), Futsal (W), Bola Tampar (L & W): Juara – Cahaya Gemilang Harapan
Bola Jaring: Juara – Murni Nurani
Petanque Lelaki: Juara – Indah Kembara
Futsal (L), Catur (L & W) Juara - Jaya Lembaran Utama
Petanque Wanita: Juara – Aman Damai
SUKAD terus membuktikan ia bukan sekadar kejohanan, tetapi medan memupuk perpaduan, kepimpinan dan semangat juang mahasiswa.
Ayuh teruskan sokongan — perjuangan masih panjang, semangat terus menyala!