Skip to main content

SUKAD FASA 3 2024/2025- CIPTA WADAH PERPADUAN DAN SEMANGAT BERPASUKAN,

495382588 1186153853309240 7146744534470142643 n

 

SUKAD FASA 3 2024/2025

CIPTA WADAH PERPADUAN DAN SEMANGAT BERPASUKAN, PERKUKUHKAN JALINAN UKHUWAH ANTARA WARGA DESASISWA

USM PULAU PINANG, 11 Mei 2025 :- Hari terakhir Sukan antara Desasiswa Fasa III sidang akademik 2024/2025 yang telah berlangsung selama 3 hari di kampus induk Pulau Pinang melabuhkan tirai penutupannya bertempat di Kompleks Sukan Azman Hashim petang tadi.

Dengan semangat jitu untuk menang dan semangat kesukanan yang tinggi menyaksikan perlawanan sengit separuh akhir dan akhir bagi dua acara yang dipertandingkan iaitu bola baling (lelaki dan wanita) dan futsal lelaki.

Hadir menyaksikan perlawanan akhir futsal sekaligus merasmikan penutup SUKAD Fasa 3 adalah Prof. Dr. Shaharum Shamsuddin, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni USM. Turut hadir bersama adalah Encik Mohd Hafezi Mat Zain, Timbalan Pengarah Pusat Sukan dan Reakrasi USM, Dr. Mahathir Yahaya, Penggawa Desasiswa Saujana merangkap Penasihat SUKAD III, Cik Nurul Diyana Mohd Zamri, Pengarah Projek SUKAD III, barisan pegawai dan staf Pusat Sukan dan Rekreasi USM, barisan penggawa dan penolong penggawa desasiswa, barisan Majlis yang DiPertua Majlis Penghuni Desasiswa (MYDPMPD) USM dan Sekretariat SUKAD III.

Shaharum dalam ucapannya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada seluruh jawatankuasa penganjur, para pegawai, sukarelawan dan atlet yang telah menjayakan kejohanan ini dengan penuh dedikasi, komitmen dan semangat kesukanan yang tinggi.

Tambahnya lagi SUKAD bukan sekadar satu pertandingan, ia adalah satu wadah membina perpaduan, mengasah nilai kepimpinan, semangat kerja berpasukan dan memperkukuh jalinan ukhuwah antara warga desasiswa di ketiga-tiga kampus Universiti Sains Malaysia.

“Tahun ini menyaksikan Sukan Antara Desasiswa dianjurkan dalam tiga fasa, dengan fasa pertama dan kedua telah berlangsung dengan jayanya di Kampus Kejuruteraan dan Kampus Kesihatan. Secara keseluruhannya, sebanyak tujuh belas acara telah dipertandingkan, termasuk Bola Baling, Futsal, Sukan E-Sports, Tenis dan Hoki,” ujarnya lagi.

Sementara itu, menurut Nurul Diyana pula yang memperlihatkan semangat para atlit, dan penyokong-penyokong yang sangat meriah dan penuh semangat kekitaan, beliau mengucapkan tahniah kepada semua. Melalui semangat inilah kita dapat bersama-sama berjuang hingga tamatnya perjuangan SUKAD pada sidang ini pada hari yang penuh bermakna ini.

Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni serta seluruh warga kampus mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan SUKAD bagi SA 2024/2025. Sesungguhnya dengan agenda HEBAT yang dibawa oleh para pelajar dapat dijadikan batu loncatan dalam mempelajari proses pembentukan diri agar terus berusaha untuk terus maju di masa hadapan.

Senarai pemenang desasiswa :

1. ESPORT LELAKI :

Johan : Cahaya Gemilang Harapan (CGH)

Naib Johan : Jaya Lembaran Utama (JLU)

2. ESPORT PEREMPUAN :

Johan : Tekun

Naib Johan : Cahaya Gemilang Harapan (CGH)

3. FUTSAL LELAKI :

Johan : Indah Kembara

Naib Johan : Jaya Lembaran Utama (JLU)

4. FUTSAL PEREMPUAN :

Johan : Murni Nurani

Naib Johan : Cahaya Gemilang Harapan (CGH)

5. BOLA BALING (LELAKI) :

Johan : Pelajar tanpa Asrama (PETAS)

Naib Johan : Aman Damai

6. BOLA BALING (PEREMPUAN) :

Johan : Aman Damai

Naib Johan : RESTU

495382588 1186153853309240 7146744534470142643 n