STAF USM SIAP SEDIA DI SUKANUN 2025!

Karnival Sukan Badan Berkanun Malaysia Ke-13 (SUKANUN 2025) kembali menemui warga sukan tanah air dengan penuh warna di UiTM Seri Iskandar, Perak pada 7 hingga 13 September 2025.
Kontinjen Universiti Sains Malaysia (USM) tampil dengan semangat membara, bersedia mencipta kejayaan dalam 11 acara sukan iaitu Ping Pong, Sepaktakraw, Dart, Karom, Badminton, Bowling, Petanque, Bolasepak, Basikal, Bola Jaring dan Futsal.
Lebih daripada sekadar pertandingan, penyertaan ini mencerminkan semangat kesukanan, disiplin, dan kebersamaan yang menjadi teras kekuatan USM. Setiap titik peluh, setiap sorakan, dan setiap langkah di padang atau gelanggang adalah lambang tekad membawa maruah universiti ke puncak.
![]()
Selamat maju jaya buat semua atlet USM!
Buktikan kehebatan, tonjolkan semangat juang, dan cipta kenangan gemilang di SUKANUN 2025.
USM BOLEH! ![]()