SRIKANDI USM CETUS FENOMENA BARU SUKAN PANTAI USM!

Gelombang semangat kontinjen Universiti Sains Malaysia (USM) terus membara di Karnival Sukan MASUM 2025 apabila pasukan Bola Tampar Pantai Wanita USM berjaya menempah tiket ke perlawanan akhir selepas menundukkan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan keputusan dramatik 2-1 di gelanggang pasir UMT, hari ini (18 September).
Pertarungan penuh sengit itu menyaksikan skuad USM mempertaruhkan segala kekuatan, ketahanan mental dan semangat juang tanpa berputus asa walaupun UMS memberikan tentangan luar biasa. Setiap pukulan smash, setiap block dan setiap sorakan penyokong telah membakar semangat pemain untuk mara lebih jauh.
Dengan kemenangan ini, USM melangkah penuh bergaya ke final yang bakal menemukan mereka dengan UPSI, pada esok jam 10.00 pagi. Detik bersejarah ini bakal menjadi pentas terbaik buat wira USM membuktikan kekuatan sebenar dan menggapai impian bergelar juara.
Semoga semangat juang, disiplin tinggi dan sokongan padu seluruh warga USM terus menjadi azimat kejayaan di pentas akhir nanti!
USM BOLEH! SATU HATI, SATU SEMANGAT, SATU KEBANGGAAN!