Skip to main content

SINERGI DAN LESTARI DINOBATKAN JUARA FUTSAL SUKJAP USM KAMPUS KESIHATAN 2025

May be an image of 9 people and text

May be an image of 6 people, people playing basketball, people playing football, people playing American football and text that says "福5狂 Carn SINERGI FUTSAL SUKJAP 2025"

PASIR TUMBUH, 10 Julai 2025 – Kejohanan Futsal SUKJAP USM Kampus Kesihatan 2025 menyaksikan persaingan sengit yang berlangsung di Real7 Futsal Arena, Pasir Tumbuh, melibatkan pasukan-pasukan Zon yang berentap demi membawa panji perjuangan semangat kesukanan jabatan masing-masing.

Dalam perlawanan akhir kategori Futsal Lelaki, pasukan SINERGI tampil unggul apabila berjaya menundukkan pasukan INTEGRITI melalui penentuan sepakan penalti dengan keputusan 1 (3) – 1 (2). Pertembungan sengit sepanjang masa sebenar menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan sebelum diheret ke penentuan penalti.

Sementara itu, bagi kategori Futsal Wanita, pasukan LESTARI turut mempamerkan aksi bertenaga apabila berjaya menewaskan pasukan INTEGRITI juga menerusi sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0 di masa penuh. Keputusan akhir memihak kepada LESTARI 0 (4) – 0 (3).

Separuh akhir lelaki:

SINERGI menewaskan TRANSFORMASI 3-1

INTEGRITI seri tanpa jaringan 0-0 dengan INOVASI sebelum menang 3-2 menerusi penalti

Separuh akhir wanita:

INTEGRITI membenam INOVASI 5-0

LESTARI mengatasi TRANSFORMASI 3-0

Encik Dzuribastian Azmi Penolong Pegawai Belia dan Sukan USM Kampus Kesihatan ketika dihubungi menyatakan rasa teruja dan amat berpuas hati sepanjang kejohanan yang bukan sahaja berlangsung lancar malah menjadi platform terbaik bagi meningkatkan kesihatan dan semangat kesukanan serta kerjasama dalam kalangan staf.

May be an image of 4 people, people playing football, people playing American football and text

“Tahniah kepada semua pasukan yang mengambil bahagian, terutamanya kepada SINERGI dan LESTARI yang berjaya bergelar juara. Kejohanan ini membuktikan bahawa semangat kesukanan warga USM Kampus Kesihatan sentiasa berada di tahap tinggi. Kita harap penganjuran seperti ini diteruskan sebagai landasan mencungkil bakat-bakat sukan dalaman untuk persediaan ke SUKJAP 4 Penjuru akan datang,” katanya.

SUKJAP USM Kampus Kesihatan 2025 terus menjadi pentas memperkasakan gaya hidup sihat di samping merapatkan hubungan antara staf pelbagai jabatan menerusi aktiviti sukan kompetitif yang berprestij.