Skip to main content

SILAT USM HADIRKAN GANGSA BUAT USM BUMI TERENGGANU!

May be an image of 4 people and text that says "SM IESTISNEVERCI KEPUTUSAN HARIAN MASUM 2025 UMT, TERENGGANU KEMENTERIAN PE AN TINGGI UMT JOISZA WAL SUKAN Ury គណានកសម្ពុជា្ន MALAY YNy US UPM UPM uNnaTuaM SILAT WANITA NUR DAMIA SYUHADA BINTI ISMAIL 19 19Sept.2025 Sept. 2025 GANGSA"

UMT, TERENGGANU – Semangat juang atlet silat wanita Universiti Sains Malaysia (USM), Nur Damia Syuhada binti Ismail, membuahkan hasil apabila berjaya membawa pulang pingat gangsa pada Karnival Sukan MASUM 2025 yang berlangsung pada 19 September di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Walaupun berdepan cabaran sengit daripada pencabar-pencabar hebat seluruh IPT, Damia membuktikan bahawa ketabahan, fokus dan semangat tidak pernah mengenal erti menyerah. Aksi bertenaga beliau dalam gelanggang silat menyerlahkan disiplin latihan serta komitmen tinggi sepanjang persiapan menuju kejohanan ini.

Kejayaan ini bukan sahaja menambah koleksi pingat USM di pentas MASUM 2025, malah menjadi inspirasi buat seluruh warga kampus untuk terus memberikan yang terbaik dalam setiap arena yang diceburi.

Tahniah Nur Damia Syuhada! 🌹

USM terus gah melahirkan atlet berwibawa, membuktikan bahawa semangat juang dan keazaman adalah kunci sebenar kejayaan.

"USM Terus Melangkah, Kejayaan Milik Bersama!"