SIAP SIAGA MENGURUS KECEDERAAN SUKAN | KURSUS ASAS PENGURUSAN KECEDERAAN SUKAN (SUKIPT) 2026

Kecederaan merupakan antara risiko yang tidak dapat dielakkan dalam aktiviti sukan. Namun, tindakan awal yang pantas, tepat dan berilmu mampu mengurangkan tahap kecederaan serta membantu mempercepatkan proses pemulihan atlet.

Sehubungan itu, Pusat Sukan dan Rekreasi, Universiti Sains Malaysia (USM) akan menganjurkan Kursus Asas Pengurusan Kecederaan Sukan (SUKIPT) 2026 bagi memberikan pendedahan dan kemahiran asas kepada jurulatih, atlet serta penggiat sukan dalam mengurus kecederaan dengan lebih sistematik.
Antara pengisian utama kursus termasuk:
Mengenal pasti jenis-jenis kecederaan sukan yang lazim berlaku
Memahami protokol rawatan awal R.I.C.E.
Teknik balutan, taping dan bandaging asas
Meningkatkan tahap kesiapsiagaan dalam menghadapi kecederaan di padang
21 Ogos 2026 (Jumaat)
8.00 pagi – 5.00 petang
Bilik Seminar Hoki, Pusat Sukan & Rekreasi USM
40 peserta terdiri daripada jurulatih, atlet dan ahli kelab sukan
Ilmu kecederaan sukan bukan sekadar untuk merawat, tetapi satu kemahiran penting untuk melindungi atlet dan memastikan keselamatan dalam sukan.
#USM #PusatSukanUSM #USMSports #SUKIPT2026 #PengurusanKecederaanSukan #SportsInjuryManagement #SportsSafety #FirstAid #SportsMedicine #AtletUSM #JurulatihUSM #SukanUSM #MalaysiaSports