Skip to main content

SENTUHAN SHUKOR, AFZAN IKHWAN BAWA USM KE SEPARUH AKHIR

Skuad bola sepak 9’s USM memulakan aksi pusingan 16 dengan langkah kanan apabila menewaskan FELDA 1-0 pada perlawanan pagi hasil jaringan tunggal Shukor Saidin.

Momentum kemenangan dibawa ke suku akhir menentang LADA pada sebelah petang. USM tampil meyakinkan dengan kemenangan 2-0, menerusi sentuhan penyudah Afzan Zainal dan Ikhwan Hakim. Kemenangan ini mengesahkan tempat USM ke separuh akhir menentang Perbadanan Putrajaya.