SEMANGAT USM TERUS MENYALA DI MASUM 2025
Kontinjen Universiti Sains Malaysia (USM) terus memperlihatkan daya juang yang tinggi di pentas Karnival Sukan MASUM 2025 meskipun berdepan cabaran sengit di gelanggang.
Dalam acara Petanque yang berlangsung di UniSZA, Terengganu, pasukan USM memberi saingan hebat namun tewas tipis di beberapa kategori. Aksi penuh dramatik menyaksikan:


Lelaki Perseorangan: USM 7 – 12 UM
Wanita Perseorangan: USM 12 – 13 UiTM
Lelaki Berpasukan: USM 8 – 10 UTEM
Wanita Berpasukan: USM 3 – 13 UiTM
Perseorangan Lelaki (Pusingan Kedua): USM 0 – 13 UMS

Di gelanggang Karate pula, wira USM mara hingga ke perlawanan penentuan pingat gangsa. Dengan semangat kental, mereka menewaskan UTM (20.0 – 20.1), sebelum tewas tipis kepada UKM (21.1 – 20.1). Dalam perebutan gangsa, USM berjuang habis-habisan namun akur kepada UTM (MARA) dengan keputusan 20.8 – 20.6.

Silat USM juga menunjukkan prestasi sebaik apabila mendapat pungutan mata yang memboleh kutipan mata diperolehi dalam memperbaik prestasi semasa pasukan
Walaupun keputusan tidak memihak sepenuhnya, semangat juang, disiplin dan keberanian atlet USM amat membanggakan. Setiap perlawanan memperlihatkan tekad untuk terus memberi yang terbaik demi mengharumkan nama universiti.
USM akan terus melangkah gagah dalam aksi seterusnya — kerana roh juang tidak pernah padam!