Skip to main content

SATU GANGSA SUKANUN 2025 - BOLASEPAK USM BINA SATU LEGASI HEBAT!

Pasukan bola sepak 9 sebelah Universiti Sains Malaysia (USM) menutup tirai cabaran di SUKANUN 2025 dengan penuh bermakna apabila berjaya membawa pulang pingat gangsa dalam saingan berprestij itu. Kejayaan ini bukan sahaja menjadi pencapaian manis buat pasukan, tetapi juga menjadi pemangkin semangat menjelang cabaran lebih besar – Liga A2 Kebangsaan yang bakal disertai tidak lama lagi.

Skuad bimbingan Jurulatih Azizul Ahmad Sabri mempamerkan aksi konsisten sepanjang kejohanan, dengan semangat juang yang tinggi serta disiplin taktikal dan teknikal yang semakin mantap. Walaupun berdepan lawan-lawan hebat, pasukan USM berjaya membuktikan bahawa pengalaman berharga di pentas SUKANUN memberi impak positif terhadap perkembangan pemain dan pasukan secara keseluruhan.

Lebih membanggakan, kesepaduan dan semangat berpasukan luar biasa menjadi kekuatan utama yang mendorong USM mara sehingga ke podium. Pihak universiti juga terus memberikan sokongan penuh terhadap skuad bola sepak ini, sekali gus menjadi pembakar semangat untuk membawa cabaran lebih besar di peringkat kebangsaan.

Pingat gangsa ini hanyalah permulaan. Dengan persiapan rapi, semangat juang yang tidak pernah luntur, serta sokongan padu seluruh warga kampus, bola sepak USM diyakini mampu mengangkat nama universiti tercinta ini ke persada bola sepak negara.

USM bukan sekadar bertanding – USM sedang membina legasi!