Sambutan Pasukan Sepaktakraw France di USM

Universiti Sains Malaysia (USM) dengan sukacitanya menyambut kedatangan Pasukan Sepaktakraw France ke kampus kami. Lawatan ini dianjurkan oleh Pusat Mobiliti dan Kolaborasi Antarabangsa USM (IMCC) yang bertujuan untuk mengukuhkan hubungan antarabangsa dan mempromosikan sukan sepaktakraw di peringkat global.

Wakil IMCC, Puan Nur Izzati Muhamad, telah menyampaikan cenderamata kepada Presiden Sepaktakraw France, saudara Patrick Laemmel. Penyampaian cenderamata ini merupakan tanda sokongan dan dorongan pihak USM terhadap pelbagai program yang akan diatur bersama, serta inisiatif pengantarabangsaan di USM.

Pasukan Sepaktakraw France memilih USM sebagai venue latihan intensif mereka menjelang persiapan untuk World Cup Sepaktakraw KL 2024 nanti. Ini merupakan satu penghormatan besar bagi USM dan juga membuka peluang untuk jalinan kerjasama yang lebih erat dalam perkembangan sukan sepaktakraw di peringkat dunia.

Selain itu, pasukan Varsiti Sepaktakraw USM turut mendapat manfaat daripada lawatan ini dengan berpeluang menjalani latihan bersama Pasukan Sepaktakraw France. Ini bukan sahaja meningkatkan kemahiran bermain sepaktakraw tetapi juga mengeratkan hubungan antara pemain melalui sukan.

USM mengucapkan selamat maju jaya kepada Pasukan Sepaktakraw France dalam persiapan mereka menghadapi World Cup Sepaktakraw KL 2024. Semoga kerjasama ini membawa kejayaan dan perkembangan positif bagi kedua-dua pihak.



Hubungi Kami


WAKTU URUSAN PEJABAT
PUSAT SUKAN DAN REKREASI

KAMPUS INDUK DAN
KAMPUS KEJURUTERAAN

NO. TEL (P):
04-653 4521 (INDUK)
04-599 5700 (KEJURUTERAAN)

EMEL RASMI:
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. (INDUK)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. (KEJURUTERAAN)

 

NO. TEL (KAUNTER TEMPAHAN):
04-653 5809 (INDUK)
04-599 5701 (KEJURUTERAAN)

ISNIN-KHAMIS :
8.10 am-5.10 pm

JUMAAT :

8.10 am-12.00 pm

2.45 pm-5.10 pm

SABTU/AHAD &
HARI KELEPASAN AM:

TUTUP

WAKTU URUSAN PEJABAT
PUSAT SUKAN DAN REKREASI

KAMPUS KESIHATAN

NO. TEL (P):
09-7671 331 (PEJABAT)
09-7671 330 (KAUNTER)

EMEL RASMI:
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

NO. TEL (KAUNTER TEMPAHAN):
04-653 5809

AHAD-KHAMIS :
8.10 am-5.10 pm

JUMAAT/SABTU &
HARI KELEPASAN AM:

TUTUP


PUSAT SUKAN DAN REKREASI
KAMPUS INDUK

PUSAT SUKAN DAN REKREASI
KAMPUS KEJURUTERAAN

PUSAT SUKAN DAN REKREASI
KAMPUS KESIHATAN


Penafian    |    Dasar Privasi    |    Dasar Keselamatan    |    Peta Laman    |    Galeri  |    Hakmilik   |   Login

Tentang Kami

Laman ini menyediakan informasi perkhidmatan yang disediakan di Pusat Sukan dan Rekreasi, USM.

Pautan Pantas

  • Kampus Kejuruteraan
  • Kampus Kesihatan
  • IPPT
  • Lain-lain
Flag Counter

Hak Cipta © 2024 Pusat Sukan dan Rekreasi, Universiti Sains Malaysia.