Skip to main content

RANKING PINGAT- USM RAIH SATU PERAK & SATU GANGSA SUKANUN 2025

USM Bawa Pulang 2 Pingat, Tamat Di Ranking Ke-13

Kontinjen Universiti Sains Malaysia (USM) menutup cabaran di SUKANUN PERAK 2025 dengan penuh bermakna apabila berjaya meraih dua pingat berharga – satu perak dan satu gangsa.

Sorotan utama kejayaan datang daripada arena Petanque, apabila pasukan USM mara ke pentas akhir buat kali pertama dalam sejarah penyertaan, sebelum tewas tipis kepada UiTM dan berpuas hati dengan pingat perak.

Sementara itu, skuad Bola Sepak 9’s USM tampil garang dengan persembahan konsisten sepanjang kejohanan sehingga berjaya menamatkan saingan di kedudukan tempat ketiga, membawa pulang pingat gangsa.

Dengan pencapaian ini, USM menamatkan temasya di ranking ke-13 keseluruhan berdasarkan kutipan pingat, meninggalkan ramai kontinjen besar lain.

Lebih penting, pencapaian ini membuktikan bahawa atlet staf USM terus konsisten mengekalkan reputasi sebagai pencabar utama dalam sukan staf kebangsaan, di samping menjadi inspirasi buat seluruh warga kampus.

Tahniah USM! Dua pingat yang penuh erti buat SUKANUN 2025.