Skip to main content

RANKING KUTIPAN MATA - USM TOP 8 SAINGAN SUKANUN 2025

USM Buktikan Konsistensi, Tamat di Kedudukan Ke-8 Kutipan Mata Keseluruhan

Selain kilauan pingat, kontinjen Universiti Sains Malaysia (USM) turut membuktikan kehebatan apabila menduduki ranking ke-8 dalam kutipan mata keseluruhan daripada 58 kontinjen yang mengambil bahagian di SUKANUN PERAK 2025.

Ranking kutipan mata memberi gambaran lebih luas berbanding pingat semata-mata kerana ia mengambil kira prestasi semua pasukan dalam setiap pusingan pertandingan.

Bagi USM, kekuatan sebenar datang daripada konsistensi di pelbagai acara:

Basikal – hampir cemerlang dengan kedudukan tempat ke-4, menyumbang mata penting.

Ping Pong – mara ke suku akhir.

May be an image of 9 people, people playing tennis and text

May be an image of 15 people, people playing volleyball, people playing basketball, people playing football and text that says "ACR ۲ ACR"

May be an image of 12 people and text that says "1E ሞ MO BH CR"

Badminton, Futsal, Bola Jaring & Dart – semuanya berjaya melangkah ke peringkat kedua.

May be an image of 11 people

Tenpin Bowling – wakil lelaki menamatkan saingan di tempat ke-10, manakala wanita di tempat ke-12.

May be an image of 15 people

May be an image of 4 people, people playing volleyball, people playing American football, people playing basketball, basketball jersey and text

Sepaktakraw & Karom – meskipun terkandas di peringkat kumpulan, tetap menyumbang kutipan mata rasmi.

Gabungan kutipan mata ini melonjakkan USM sehingga Top 8 Kebangsaan, jauh meninggalkan puluhan kontinjen lain.

Pencapaian ini membuktikan bahawa walaupun tidak mendominasi pingat, USM tetap gah kerana berjaya menyerlah dalam pelbagai acara – hasil semangat juang luar biasa serta sokongan padu pengurusan universiti.

Ranking pingat beri cerita tentang podium, tetapi ranking mata buktikan kekuatan kolektif. USM berjaya dalam kedua-duanya!