Skip to main content

PROGRAM PROMOSI KEMASUKAN WARGA SUKAN SIDANG AKADEMIK 2026/2027- SEKOLAH SUKAN MALAYSIA PAHANG

Pusat Sukan dan Rekreasi Universiti Sains Malaysia (USM) akan menganjurkan Program Promosi Kemasukan Warga Sukan bagi Sidang Akademik 2026/2027 bersama pelajar pra-universiti Sekolah Sukan Malaysia Pahang.

Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada atlet muda mengenai peluang melanjutkan pengajian ke Universiti Sains Malaysia, khususnya melalui laluan warga sukan, di samping memperkenalkan peranan USM dalam membangunkan atlet holistik yang cemerlang dari segi prestasi sukan dan kecemerlangan akademik.

Melalui program ini, para pelajar akan didedahkan kepada:

Laluan kemasukan warga sukan ke USM

Sokongan pembangunan atlet universiti

Kemudahan sukan dan ekosistem akademik USM

Peranan Pusat Sukan dan Rekreasi USM dalam melahirkan atlet berilmu dan berdaya saing.

Program ini diharap dapat menjadi pemangkin inspirasi kepada atlet muda untuk merancang masa depan mereka secara seimbang antara sukan dan pendidikan tinggi.